PUSPAKOM | Cara Pendaftaran Temujanji, Prosedur & Kos Untuk Pemeriksaan

Prosedur, Kos & Cara Daftar Temujanji Pemeriksaan PUSPAKOM

Untuk pengetahuan kesemua yang memiliki kenderaan, pemilik kenderaan yang ingin menjual kenderaan dan berhajat mahu menukar nama atau hak milik kenderaan kepada pemilik baharu mesti membuat pemeriksaan PUSPAKOM terlebih dahulu. Ini adalah satu prosedur penting dalam penukaran hakmilik kenderaan, jadi sila baca artikel ini sehingga selesai untuk mengetahui prosedur, kos  Cara Daftar Temujanji Pemeriksaan.

Anda juga boleh layari Laman Web Onviral untuk mengetahui permohonan bantuan, berita semasa dan lain-lain informasi.

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM)

Puspakom Sdn Bhd adalah syarikat pemeriksaan kenderaan pertama dan satu-satunya pusat yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk menjalankan semua pemeriksaan mandatori bagi kedua-dua kenderaan komersial dan juga persendirian.

PUSPAKOM telah ditubuhkan pada tahun 1994 dan ia adalah anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Berhad.

PUSPAKOM mempunyai peranan utama untuk menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan bagi membantu pemilik kenderaan memastikan kenderaan mereka berada di dalam keadaan yang selamat untuk dipandu di atas jalan raya serta memastikan pemilik kenderaan mematuhi peraturan-peraturan dalam memelihara alam sekitar melalui ujian pelepasan asap.

Baca Juga : Kaedah Mengaktifkan Visa Kad Debit Maybank

Prosedur Pemeriksaan PUSPAKOM

Untuk makluman semua, Akta Pengangkutan Jalan 1987 meminta semua kenderaan persendirian untuk menjalani Pemeriksaan Tukar Milik di PUSPAKOM sebelum pemindahan pemilikan.

Harga Pembayaran Tukar Hakmilik Kenderaan

Harga Pembayaran pemeriksaan Puspakom untuk pertukaran hak milik kenderaan adalah sejumlah RM30.

Senarai Dokumen Yang Diperlukan

    • Kad Pendaftaran Kenderaan (Asal)
    • Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)

Bahagian Pemeriksaan PUSPAKOM

puspakom

Sila rujuk prosedur bahagian pemeriksaan PUSPAKOM seperti di bawah:

    • IDENTITI : Mengesahkan keaslian kenderaan dengan mengenal pasti nombor pendaftaran, casis dan enjin.
    • CERMIN GELAP : Mengukur kadar ketelusan cahaya cermin kenderaan.
    • POTONG SAMBUNG : Mengukur kadar ketelusan cahaya cermin kenderaan.

Standard Tahap Pemeriksaan Kenderaan PUSPAKOM

PUSPAKOM menyediakan perkhidmatan yang terbaik secara konsisten dan mematuhi piawaian antarabangsa dan jaminan prestasi berkualiti tertinggi dari badan pensijilan dan akreditasi berasaskan industri.

Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM

KLIK DISINI – Untuk mencari pusat pemeriksaan PUSPAKOM berhampiran anda.

NOTA : Sila ambil peringatan bahawa Borang Pelepasan Tanggungan adalah untuk kegunaan bagi semua cawangan di Sabah dan Sarawak sahaja

KLIK DISINI – Borang Pelepasan Tanggungan untuk mencetak borang
KLIK DISINI – Untuk Rujukan Pengisian Borang Pelepasan Tanggungan.

Pemeriksaan E-Hailing PUSPAKOM

Sila rujuk info ringkas di bawah untuk pemeriksaan e-hailing.

puspakom

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan pemeriksaan ini, anda boleh memuat turun:

KLIK DISINI – Panduan Pemeriksaan E- Hailing
KLIK DISINI – Nota Ringkas Untuk Pemandu E-Hailing

Pemeriksaan VVI (Pilihan Item Tunggal)

Sila dapatkan Pemeriksaan secara Pilihan Item Tunggal dengan bayaran pemeriksaan sejumlah RM15 sahaja bagi satu item.

puspakom

Langkah Pendaftar Akaun MyPuspakom

    1. Sila layari portal MyPuspakom KLIK DISINI
    2. Sila tekan butang DAFTAR MASUK KALI PERTAMA;
    3. Kemudian sila masukkan maklumat di bawah di paparan Register :
        • Account Type samaada Company atau Individual.
        • Emel anda yang sah
        • Masukkan Password dan kemudian sila sahkan Password tersebut.
    4. Seterusnya adalah Information, sila masukkan nama dan butiran alamat.
    5. Kemudian masukkan Required Documents yang diperlukan.(pdf, jpg, png atau bmp). Dokumen yang diperlukan adalah:
        • MyKad pemilik
        • Geran kenderaan.
    6. Sila tekan butang Register setelah anda selesai memuat naik file yang diminta.
    7. Tahniah. Pendaftaran anda selesai.

Permohonan Janji Temu Online (Appointment)

    1. Sila log Masuk akaun MyPuspakom anda
    2. Sila pilih “Temujanji Baru” dengan melengkapkan maklumat kenderaan yang diperlukan seperti di bawah:
        • Kategori kenderaan
        • Jenis kenderaan
        • Kelas kegunaan dan sebagainya
    3. Sila pilih NEGERI dan TARIKH pemeriksaan yang anda inginkan. Sila ambil maklum bahawa kekosongan tarikh dan masa pemeriksaan tertakluk pada situasi dan keadaan
    4. Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan “wakil”, lengkapkan maklumat wakil atau pembawa kereta yang akan hadir
    5. Sila SAHKAN maklumat janji temu anda
    6. Sila SAHKAN jumlah bayaran dan lakukan pembayaran secara dalam talian sama ada menggunakan kad kredit, kad debit atau FPX (perbankan internet)
    7. Setelah selesai pembayaran, anda akan menerima Slip Pengesahan Temujanji. Anda dikehendaki untuk mencetak slip tersebut.

Maklumat Lanjut

    • Pusat Khidmat Pelanggan PUSPAKOM: 03-5101 7000
    • E-mel: ebooking@puspakom.com.my
    • Live Chat di www.mypuspakom.com.my.

Baca Juga : Semakan Tarikh Pembayaran i-Citra Disember 2021

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress