Semasa berlakunya penularan wabak COVID-19 di Malaysia, kerajaan telah pun melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia. Ramai yang terkesan terutamanya dari segi kewangan akibat diberhentikan kerja. Namun kerajaan ada mengumumkan beberapa pakej bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terkesan.
Program i-Lestari yang telah dilancarkan pada bulan Mei 2020 sangatlah membantu rakyat khususnya pencarum KWSP. Perkara itu diumumkan sejurus pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 1.0) pada Mac tahun lalu. Manakala, i-Sinar pula diumumkan dalam Belanjawan 2021 pada November lepas.
Pada mulanya, i-Sinar hanya diberikan kepada pencarum yang layak sahaja mengikut kriteria yang ditetapkan.
Namun, setelah ramai rakyat serta Ahli Parlimen memberikan pendapat kepada kerajaan agar meluluskan i-Sinar kepada seluruh pencarum tanpa syarat. Akhirnya, i-Sinar dibuka kepada seluruh pencarum bermula bulan Mac 2021. Walaubagaimanapun i-Sinar bersyarat telah dilaksankan bermula Januari lagi.
Tetapi, pembayaran i-Lestari telah tamat pada April lalu. Ini sejurus dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa i-Lestari hanya dilaksanakan selama setahun sahaja.
Manakala, i-Sinar juga sudah tiba ke penghujungnya. Jun merupakan bulan terakhir untuk i-Sinar.
Rakyat Gesa Lanjutkan i-Sinar & i-Lestari
PKP 3.0 telah diumumkan pada Mei. Tetapi sehingga hari in i tiada pengumuman bantuan kewangan yang disalurkan oleh kerajaan sejak PKP 3.0 diumumkan.
Ramai rakyat yang menderita, ada yang dibuang kerja dan gaji hanya dibayar separuh.
i-Sinar dan i-Lestari harus dilanjutkan untuk membantu isi rumah atau bujang yang menghadapi krisis kewangan sewaktu PKP ini.
Rakyat amat berharap agar kerajaan melanjutkan semula i-Sinar dan i-Lestari ini. Boleh baca luahan daripada rakyat pada gambar di bawah: