Rakyat Minta Pengeluaran KWSP Melalui Akaun 1 – RM10K

Pengeluaran KWSP Melalui Akaun 1 – RM10K

Bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak menyeru pihak kerajaan agar menaikkan had pengeluaran maksimum wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi i-Citra kepada RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir kerana perkara itu adalah amat dituntut oleh majoriti rakyat Malaysia pada ketika ini berikutan terkesan dengan pandemik Covid-19 yang telah melanda negara kita.

Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

“Semasa krisis Covid mula melanda, saya pernah cadangkan kepada kerajaan agar benarkan pencarum keluarkan duit dari akaun 2 KWSP sebagai salah satu usaha membantu rakyat dan merancakkan ekonomi tempatan semasa Covid. Masa itu, kerajaan telah sambut baik cadangan saya dan melaksanakannya sebagai program i-Lestari dalam pakej Prihatin.”

Pengeluaran RM10,000 Untuk Akaun 1 KWSP

“Saya mendapati ramai rakyat yang bersuara dan mendesak perkara ini. Sebenarnya mereka mempunyai tunggakan yang perlu dijelaskan atau berniat mengumpul modal bagi memulakan perniagaan kecil mereka.

“Justeru itu, saya amat berharap had maksimum i-Citra dinaikkan kepada RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir kerana ini amat dituntut oleh rakyat,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2022 di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Najib juga memberitahu yang kelantangan beliau dalam memperjuangkan isu berkenaan bukannya berniat untuk menarik populariti semata-mata, tetapi atas dasar memahami kesengsaraan yang dialami oleh rakyat pada waktu yang sukar ini.

“Sesungguhnya ini bukan yang disifatkan sebagai langkah populis tetapi berpunca daripada keperluan mendesak rakyat,” jelas beliau.

Beberapa bulan yang lalu, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 tidak memasukkan pengeluaran simpanan KWSP i-Citra sebanyak RM10,000 secara one-off dalam belanjawan berkenaan.

Baca Juga : Mohon Sekarang! Bantuan RM 350 Untuk Bujang 2021

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress