Ramai Teruja Dengan Angka Dividen Tahun 2021 | Cara Semak Dividen KWSP

Lihat Tarikh Pengumuman Dividen KWSP 2022 Untuk Tahun 2021

Penyata tahunan 2021 akan memaparkan caruman bertarikh 01/2021 (potongan gaji bulan Disember 2020) sehingga caruman 12/2021 (potongan upah/gaji bulan November 2021); sekiranya majikan membuat bayaran caruman pada tempoh yang dinyatakan.

Laporkan kepada pihak kwsp jika laporan KWSP anda tidak teratur.

Dividen KWSP 2021 (Tahun Kewangan 2020)

27 Februari 2021: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan dividen yang diberikan ialah sebanyak 5.2 % dan jumlah agihan sebanyak RM42.88 bilion untuk Simpanan Konvensional, dan 4.9 % untuk Simpanan Shariah dengan agihan RM4.76 bilion.

Lihat cara membuat semakan dividen KWSP bagi ahli-ahli yang mencarum, di mana jumlah dividen ini akan dikreditkan ke i-Akaun masing-masing.

Apakah Dividen KWSP?

Akta KWSP 1991, Seksyen 27,mengatakan bahawa jaminan kadar dividen minimum adalah sebanyak 2.5% setahun ke atas simpanan ahli.

Maknanya, ahli kwsp terjamin akan mendapat minimum kadar dividen sebegitu setiap tahun.

Bagaimana Cara Semakan Dividen KWSP?

  1. Sila layari www.kwsp.gov.my
  2. Sila pergi kepada ikon Login
  3. Sila masukkan ID & Kata Laluan yang telah didaftarkan
  4. Sila tekan View Details di bahagian menu Dividend
  5. Perincian Dividen tahun 2020 akan dipaparkan

Layari Aplikasi i-Akaun

Untuk makluman anda, i-Akaun juga boleh diakses dengan lebih cepat dan mudah melalui aplikasi di bawah selain melayari laman web KWSP :

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai maklumat lanjut berhubung pendaftaran i-Akaun , sila rujuk saluran di bawah:

    • Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP : 03-89226000
    •  Laman Web pautan : KLIK DI SINI

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress