Setiap orang pasti mempunyai bakat terpendam yang ada dalam diri masing-masing. Malah mereka mungkin mempunyai pelbagai potensi yang belum pernah diterokai. Bukan mudah untuk mencungkil bakat terpendam yang ada dalam diri sekiranya bakat tersebut tidak dipaparkan atau dilentur.
Tangan penuh kreatif dan berseni. Bayangkan sahaja pelanggan yang buat tempahan dari Perak pun sanggup datang ke Shah Alam mencari gadis berbakat dari Secret Recipe ini. Gadis dengan tangan penuh berseni! Itulah gelaran yang sesuai diberikan kepada gadis ini gara-gara dekorasi kek yang dihasilkannya begitu cantik sehingga memikat hati pelanggan.
“Hi @secretrecipemy. Tengoklah staff awak ni kreatif betul. Cantik, teliti dan semua staff kat sana friendly betul. You guys jangan lupa reward Nurul Aina ni eh! Sangat kreatif sampai saya pun p3ngsan tengok dia lukis!
Alhamdulillah dapatlah realisasikan unicorn my lil sis,” tulis pelayar tersebut.
Pelayar tersebut juga turut meletakkan gambar dekorasi kek yang dihasilkan staf restoran Secret Recipe bernama Nurul Aina itu dan perkongsian pelayar tersebut sehingga kini telah meraih lebih 11,400 retweet dan 16,400 likes selain dibanjiri ratusan k0men daripada para netizen.
Nurul Aina Abu Bakar memberitahu yang dia sama sekali tidak menyangka perkongsian daripada pelanggan yang menempah kek berkenaan yang juga merupakan rakannya, menjadi tular di media sosial Twitter.
“Saya tak sangka langsung boleh jadi viral sebab saya lukis untuk seronok-seronok saja. Mungkin rakan saya nak tunjukkan penghargaan kerana dek0rasi tersebut menggembirakan adik perempuannya,” kata Nurul Aina.
Nurul Aina yang baru berusia 23 tahun ini berkata, dia sememangnya meminati subjek pendidikan seni ketika berada di bangku sekolah dahulu dan sekaligus dia cuba untuk meneruskan minatnya dengan melakukan dekorasi di atas kek sekiranya mendapat permintaan daripada pelanggan.
“Alhamdulillah, saya enjoy dengan apa yang saya buat sekarang. Kalau ada rezeki dan peluang, satu hari nanti saya teringin nak buka kedai bakeri sendiri.
“Selalunya, bagi pelanggan yang nak buat dekorasi kartun, potret atau sebagainya, mereka kena tempah beberapa hari lebih awal bimbang kek diingini tak ada pula.
“Kemudian barulah saya akan melakukan proses dek0rasi mengikut permintaan pelanggan,” ujarnya yang berkhidmat di outlet Star Avenue, Shah Alam sejak lebih dua tahun lalu.
Nurul Aina yang merupakan graduan dalam bidang Pengurusan Hotel dan Katering ini memberitahu lagi yang setiap dekorasi yang dihasilkan olehnya hanya mengambil masa sekitar satu hingga dua jam jika fokus.
“Alhamdulillah ramai pelanggan yang suka dengan hasilnya. Niat saya hanya nak buat pelanggan gembira. Melihat mereka gembira saja sudah cukup memberikan kepuasan kepada diri saya.
“Kenangan paling manis, bila ada pelanggan yang datang dari jauh semata-mata nak minta saya deko kek mereka sebab tak semua outlet ada disediakan khidmat deko. Ada dari Kuala Lumpur, ada juga dari Perak,” Kata Nurul Aina lagi.
Nurul Aina menyatakan perasaan gembiranya apabila setiap hasil kek dekorasinya disukai oleh para pelanggan dan berkata buat masa ini dia mahu fokus dengan kerjaya yang diceburinya.
“Alhamdulillah, saya enjoy dengan apa yang saya buat sekarang. Kalau ada rezeki dan peluang, satu hari nanti saya teringin nak buka kedai bakeri sendiri,” ujarnya mengakhiri perbualan.