‘Ramas & Perah’ Pampers Anak Sebelum Pakai, Teknik Yang Ramai Ibu Terlepas Pandang

“Ibu-ibu semua, ada tak yang macam buat macam saya ? Sebelum nak pakaikan pampers anak, saya akan perah terlebih dahulu”
Mesti semua tertanya-tanya  kenapa kena ‘perah’ dulu pampers (lampin pakai buang) anak tu ya?  Tak kurang juga akan mengatakan pampers akan bocor jika diramas dan diperah .

Berkongsi tips rumahtangga, Alang Narzita memaklumkan teknik meramas dan memerah pampers anaknya telah menjadi suatu kemestian sejak 11 tahun lalu dari anak yang pertama hingga yang ke-4. Nak tahu kenapa ? Jom teruskan membaca.

Kenapa Perlu Ramas Dan Perah Sebelum Digunakan

Menurut Alang Narzita, ‘memerah’ atau ‘meramas lembut’ pampers ini dapat melembutkan struktur pampers yang telah lama terlipat dalam pek. Tekstur dan permukaan pampers baru  yang keras sekiranya tidak diramas terlebih dahulu tidak akan memberikan keselesaan ketika dipakai dan menyebabkan sensetif bagi kulit punggung bayi.

“Tidak kisah jenama apa sekalipun lampin pakai buang yang dibeli,semuanya boleh dibuat. Walaupun lampin pakai buang sudah direka cukup lembut untuk kulit punggung bayi yang sensitif, tapi jika diperah, diramas, dan direnyuk ‘manja’, spannya akan menjadi lebih lembut dan  tidak keras sekeping seperti baru keluar dari pek.” jelasnya.

Rata-rata ibu yang mebaca perkonsiannya menyatakan petua ini amat menarik dan tidak pernah terfikir untuk berbuat demikian.Tak kurang juga ada yang mengakui telah lama mempraktikan teknik ini dan mengakui berpuas hati dengan cara ini.

Menurut komen yang ditinggalkan di entri berkenaan, pampers jenis pants juga boleh dipraktikkan sama. Jadi  apabila anak pakai, tak alami kebocoran dan selesa mengikut bentuk punggung bayi malah kulit anak lebih licin dan montok kerana tekstur pampers  lebih lembut.

Adakah Akan Bocor ?

Ada yang bertanya adakah akan bocor jika diperah dan diramas?Jawapan saya sama sekali tidak kerana lampin pakai buang memang direka dengan ciri  ketahanan.Tapi janganlah pula diperah terlalu keras dan ‘beria’.Cukup sekadar melembutkan dan selesa dipakai.-onviral

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress