RASMI 2022 | Pengecualian Membayar Bil Air | Semak Sekarang

Alhamdulillah , semua isi rumah yang menerima nasib malang akibat bencana banjir yang berlaku di Selangor dan Kuala Lumpur, diberi pengecualian untuk membayar bil air pada bulan Januari 2022.

Meskipun rakyat negeri Selangor sering menghadapi masalah gangguan air sebelum ini , mereka akan tetap membantu membekalkan air yang bersih dan melonggarkan syarat demi menyampaikan bantuan bekalan air percuma kepada mangsa banjir yang mengalami situasi sukar ketiadaan air.

Menurut Air Selangor dalam satu kenyataan pada jumaat 31 Disember tahun lepas, yang mana ,premis yang akan menikmati pengecualian ini mesti berada dalam kategori “domestik”, atau Kod Tarif 10.

Pengecualian itu adalah sebahagian daripada pakej bantuan yang diumumkan oleh kerajaan negeri Selangor iaitu Bantuan Selangor Bangkit.

Malahan pengecualian itu akan diberikan secara automatik dan tak perlu mengisi borang apa-apa.

Tambah Jabatan Air Selangor lagi, pengeluaran bil akan diteruskan seperti biasa buat semua pelanggan, namun pelanggan yang layak sahaja akan dapat dapat pengecualian.

“Kami memahami kesukaran yang dihadapi oleh pelanggan kami yang terjejas akibat banjir, dan berharap usaha kecil ini dapat membantu mereka,” katanya.

Untuk penjelasan lanjut boleh menghubungi Air Selangor di 15300 atau melalui platform media sosialnya di Facebook, Instagram dan Twitter, selain www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor

Semoga artikel ini memberi manfaat buat semua.

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress