RASMI : Bantuan Khas Kewangan RM700 & RM350 Untuk Rakyat Malaysia

Kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700 dan sejuta pesara kerajaan sebanyak RM350.

Semasa sidang media, Perdana Menteri berkata Kerajaan Perpaduan amat berterima kasih atas kesungguhan yang tudak berbelah bahagi anggota awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Kerajaan memang silih berganti, tetapi penjawat awam kekal setia dan dedikasi demi negara,” katanya ketika pembentangan Bajet mini.

Join Telegram Rasmi : https://t.me/myinfokini

Baca Juga : Bantuan Tunai Rakyat (BTR) RM300 Disalurkan Januari Ini

Peruntukan Akan Mula Berkuat Kuasa Pada 1 Jan 2023

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan peruntukan itu di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Jan 2023.

Akta berkenaan akan membenarkan perbelanjaan dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan  bagi sebahagian tahun 2023.

Antaranya, termasuk bagi tujuan pembayaran emolumen penjawat awam.

Ia susulan Rang Undang-Undang Perkebalan bagi tahun 2023 (Bajet 2023) tidak akan diluluskan Parlimen sebelum 1 Jan 2023.

Maka peruntukan perlu dikeluarkan untuk perbelanjaan dalam tahun 2023 bagi tempoh dari 1 Jan sehingga tarikh Rang Undang-Undang Perbekalan bagi 2023 menjadi undang-undang dan mula berkuat kuasa.

Sebelum ini Bajet 2023 yang disediakan kerajaan pimpinan mantan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak sempat dibahas dan diluluskan, sebelum terbubarnya Parlimen pada 10 Oktober lalu.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2023 yang diumumkan melalui Mini Bajet 2023 hari ini.

Baca Juga : e-Pemula : RM200 ‘One-Off’ Untuk Rakyat Malaysia ~ Semak Sekarang!

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam (BKK 2023)

Bantuan Khas Kewangan RM700 bagi anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 kepada pesara diteruskan pada Januari 2023.

Juga diteruskan tambahan khas RM100 dalam Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT).

Jumlah Bantuan Khas Kewangan (BKK) Penjawat Awam & Pesara 2023

Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2023 :

    • RM700 bagi penjawat awam gred 56 ke bawah
    • RM350 kepada pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen

Tarikh Bayaran

    • Dibayar pada Januari 2023.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress