Program Bantuan PRIHATIN Kasih merupakan satu inisiatif yang berada di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang telah dilaksanakan oleh Yayasan MyKasih dengan sokongan Yayasan Hasanah.Tujuan Program ini diwujudkan adalah bagi membantu mengurangkan kos sara hidup golongan miskin yang terjejas teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Untuk makluman, pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk melaksanakan program ini yang dijangka dapat memberikan manfaat kepada lebih 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama di seluruh negara.
Program Bantuan PRIHATIN Kasih ini juga adalah merupakan bantuan yang disalurkan kepada golongan isi rumah miskin bandar dengan kaedah pembayaran tanpa tunai menggunakan MyKad.
Kesemua pemohon sertas penerima yang layak akan menerima wang sumbangan sejumlah RM100 sebulan selama 3 bulan yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka yang boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan harian sebagai contoh susu bayi, makanan tin, beras, telur, minyak masak, gula, garam dan lain-lain.
Baca juga: Cara Semak Keputusan Rayuan Dan Pembayaran BPR 2021
Lokasi Pembelian Di Seluruh Negara
Kesemua penerima boleh membeli barangan keperluan harian di 300 rantaian pasar raya serta kedai seperti berikut:
-
- Giant
- Mydin
- Econsave
- The StorePacific
- Milimewa
- 99 Speedmart
- Lotus Stores (Tesco)
- Kedai-kedai runcit terpilih
Tempoh Untuk Bulan Pelaksanaan
-
- Julai – September 2021 (Selangor & Kuala Lumpur)
- Ogos – Oktober 2021 (Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka & Terengganu)
- September – November 2021 / Oktober – Disember 2021 (Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah & Sarawak)
Cara Menyemak Kelayakan Bantuan Prihatin Kasih
- Sila buka laman web MyKasih KLIK DISINI
- Sila masukkan nombor kad pengenalan dan kod captcha yang tertera
- Sila tekan butang “Semak Status”
- Kemudian keputusan kelayakan akan dipaparkan
- Penerima yang layak akan menerima SMS daripada MyKasih untuk pengesahan status mereka
- Penerima kemudian perlu menghadiri taklimat orientasi di kedai runcit yang terlibat berdasarkan tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
Maklumat Lanjut Bantuan Prihatin Kasih
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah serta pertanyaan berkaitan Program PRIHATIN Kasih, sila KLIK SINI