RASMI : Tarikh Pembayaran i-Citra Bagi Bulan Oktober 2021

RASMI : Tarikh Pembayaran i-Citra Bagi Bulan Oktober 2021

Memandangkan bulan Oktober sudah hampir membuka tirai, pasti ramai yang tertanya-tanya bilakah tarikh bayaran i-Citra bulan kedua akan dikreditkan ke akaun masing-masing. Sama juga seperti i-Sinar, bayaran akan diterima mengikut kategori permohonan dan tarikh kelulusan masing-masing.

Oleh itu, kami dari OnViral akan berkongsi kepada anda semakan status dan jadual pembayaran bagi bulan September dan bulan-bulan seterusnya.

Tarikh Pembayaran i-Citra Oktober

Untuk pembayaran anda, pembayaran i-Citra bagi Oktober akan bermula pada 1 Oktober 2021. Pengkreditan amaun ke bank ahli akan mengambil tempoh masa 1 – 3 hari bekerja dan bergantung kepada prosedur bank.

i-Citra Oktober

Jadual Bulanan Pembayaran i-Citra

Sama juga seperti i-Sinar, pembayaran i-Citra juga adalah seperti berikut:

    • Tarikh pembayaran bulan pertama akan sama sama dengan tarikh pembayaran bulan kedua dan seterusnya.
    • Contohnya jika bayaran pertama mula dikreditkan pada 2 Ogos 2021, bayaran kedua berkemungkinan akan jatuh pada 2 September 2021, begitu juga dengan bulan-bulan berikutnya jika jatuh pada hari bekerja.
    • Jika lambat, bayaran akan dikreditkan dalam tempoh maksimum 2 minggu atau sebelum akhir bulan berkenaan.
    • Menurut pegawai KWSP, pemohon boleh membuat semakan status untuk info lanjut dan maklumat terkini tentang pembayaran.

Cara Membuat Semakan Status i-Citra

Semakan i-Citra boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu melalui laman web i-Citra atau i-Akaun.

    1. Buka laman web i-Citra KWSP di https://icitra.kwsp.gov.my/
    2. Klik pada butang SEMAK STATUS.
    3. Isikan maklumat yang diminta.
    4. Status permohonan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan.

Baca Juga :

Untuk membuat semakan melalui i-Akaun:

    • Buka aplikasi i-Akaun di https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
    • Log masuk menggunakan ID dan Kata laluan yang telah didaftarkan.
    • Kemudian semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL.
    • Klik pada WITHDRAWAL HISTORY.
    • Seterusnya klik pada paparan yang ada bertulis i-Citra.
    • Tarikh bayaran akan dipaparkan seperti contoh di bawah.

i-Citra Oktober

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan i-Citra, anda boleh menghubungi Hotline i-Citra di 03-8922 4848 atau ELYA Live Chat melalui pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us

Untuk info terkini melalui media sosial, anda boleh melayari Facebook rasmi KWSP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *