Rayuan BPR Dah Boleh Disemak! Bantuan RM100 – RM400

Untuk makluman, Tengku Zafrul mengumumkan bahawa semakan rayuan BPR kini boleh dibuat bermula pada hari ini iaitu 18 September 2021.

Kerajaan juga berharap agar bantuan ini serba sedikit dapat membantu dan menampung menguruskan perbelanjaan harian keluarga orang Malaysia terutamanya B40.

Rayuan BPR Kini Dah Boleh Disemak

Bantuan yang melibatkan RM240 juta kepada lebih 200 ribu penerima BPR ini akan dikreditkan terus kepada penerima yang layak dan akan dibayar sekali bersama penerima untuk bayaran BPR Fasa 3.

Cara Semakan Status Rayuan BPR

Untuk semakan status keputusan rayuan BPR anda, sila klik di pautan berikut dan login :

    1. https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
    2. Masukkan MyKad & Kata Laluan anda.
    3. Paparan status keputusan rayuan anda akan dipaparkan sama ada lulus ataupun gagal.

Soalan Lazim

1. Bila dapat keputusan rayuan BPR bagi fasa 2?

    • Keputusan rayuan boleh disemak mulai 18 September ini.

2. Bilakah tarikh bayaran untuk rayuan BPR ini?

    • Tarikh rasmi bagi bayaran untuk rayuan BPR ini anda akan dapat sekali dengan penerima BPR Fasa 3. Iaitu pada hujung bulan September 2021.

3. Adakah permohonan rayuan BPR masih dibuka?

    • Tidak. Tempoh permohonan untuk rayuan ini telahpun ditutup. Harap maklum.

 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress