BPR : Cara Semakan Status Rayuan & Tarikh Bayaran Bagi Yang Lulus Rayuan

Apa itu BPR?

Bantuan Prihatin Rakyat merupakan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban mereka akibat kesan pandemik COVID-19.

Syarat Kelayakkan Untuk Memohon BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)?

  • Pendapatan isi rumah bulanan kurang dari RM2,500
  1. Tiada atau seorang anak: Terima RM1,200
  2. 2 anak dan ke atas: Terima RM1,800
  • Pendapatan isi rumah bulanan RM2,501 – RM4,000
  1. Tiada atau seorang anak: Terima RM800;
  2. 2 anak dan ke atas: Terima RM1,200
  • Pendapatan isi rumah bulanan RM4,001 – RM5,000
  1. Tiada atau seorang anak: Terima RM500
  2. 2 anak dan ke atas: Terima RM750
  • Individu bujang berpendapatan kurang dari RM2,500 terima RM350. Had umur kelayakan individu bujang mulai 21 tahun.

BPR adalah sebuah inisiatif bantuan yang dibentang di dalam Rancangan Belanjawan Kerajaan Pada tahun 2021 yang bertujuan memberi manfaat kepada golongan B40 yang terjejas akibat pandemik Covid 19.

Bagi anda yang sudah mengemukakan rayuan, anda diberi peluang menyemak status rayuan tak lama lagi  kerana tarikh bayaran bagi yang lulus rayuan akan diketahui.

Sekadar makluman, Pembayaran BPR Fasa 1 berjumlah RM1.93 billion telah pun diagihkan kepada 8.4 juta penerima dari 24 Februari sehingga 1 April 2021.

Cara Semak Status Rayuan

Semakan status rayuan BPR yang telah dihantar boleh dibuat mulai Ogos 2021 di pautan yang berikut:

  1. Sila melawat ke laman web https://bpr.hasil.gov.my/ 
  2. Sila pergi ke Menu MyBPR & klik Maklumat Rayuan
  3. Anda boleh Cetak/Print juga boleh dibuat pada Menu yang berkenaan.

Tarikh Bayaran Bagi Yang Lulus Rayuan

Pembayaran BPR akan berlaku secara automatik pada tarikh yang berikut:

Bulan Ogos 2021

  • BPR Fasa 2: RM400
  • BPR (Tambahan): RM500

Bulan September 2021

  • BPR Fasa 3: RM500 @ RM1,100

Apakah syarat rayuan BPR?

Pemohon yang layak mendapat kelululsan rayuan BPR adalah:

  • Bagi pemohon yang berstatus Tidak Lulus BPR 2021; ataupun
  • Bagi pemohon yang berstatus Lulus BPR 2021 & terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan & juga perubahan pendapatan sahaja.

Pertanyaan

Untuk sebarang maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan BPR, sila hubungi talian dibawah:

Hotline BPR di 1-800-88-2747

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress