Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memaklumkan bahawa semua lesen memandu dan lesen kenderaan (roadtax) perlu diperbaharui sebelum tarikh 30 Septermber 2021.
Disebabkan susah hendak pergi berurusan di pejabat JPJ ketika PKP ini, sudah pasti ramai antara kita yang masih belum renew lesen dan roadtax lagi.
OnViral ingin berkongsi cara perbaharui lesen dan roadtax secara atas talian.
Cara Renew Lesen Secara Online (MYEG)
Langkah-langkah pembaharuan lesen memandu online melalui MYEG adalah seperti berikut:
1. Pendaftaran & Log Masuk
-
- Layari portal rasmi MYEG di pautan https://www.myeg.com.my/
- Sila daftarkan sebagai pengguna MYEG jika anda pertama kali menggunakan portal ini.
- Login menggunakan ID & Password yang telah didaftarkan.
2. Pilih Menu JPJ
3. Klik Pada Menu Lesen Memandu
4. Baca Terma & Syarat. Klik Proceed.
5. Isi Maklumat Pembaharuan & Penghantaran
-
- Isikan tempoh pembaharuan yang anda inginkan.
- Jika anda ingin lesen ini dihantar terus ke rumah, perlu select butang ‘Delivery’.
6. Semak Maklumat
7. Klik Proceed
8. Lakukan Pembayaran
9. Pilih Kaedah Pembayaran
10. Selesai!
Dalam tempoh 4-5 hari bekerja, runner dari MYEG akan membuat penghantaran atau pos terus ke depan pintu rumah anda!
Selamat mencuba anda semua!
Untuk membuat semakan status penghantara MyEG, anda boleh rujuk di laman web MyEG juga, iaitu di pautan berikut: https://www.myeg.com.my/delivery_status
Maklumat Lanjut
-
- Talian hotline MyEG: 03-7801 8888
- https://www.myeg.com.my/contact_us#contacts