Renew Lesen Memandu & Roadtax Anda – Renew Sebelum 30 September, Tiada Lagi Lanjutan!

MAKLUMAN TARIKH AKHIR PEMBAHARUAN LMM DAN LKM (RENEW LESEN & ROADTAX)

    • Pemandu & pemilik kenderan diingatkan bagi memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) & Lesen Memandu Malaysia (LMM) termasuk Lesen Vokasional (GDL/PSV) yang telah tamat tempoh sebelum 30 September 2021.
    • Urusniaga pembaharuan LMM & LKM boleh dilaksanakan secara atas talian melalui portal MySikap, atau juga di kaunter JPJ secara temujanji atau melalui rakan strategik JPJ iaitu Myeg & Pos Malaysia (bermula dari 9 Ogos 2021).
    • Aktiviti pemantauan pematuhan & penguatkuasaan oleh agensi penguatkuasa JPJ & Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dilaksanakan bermula dari 1 Oktober 2021.
    • Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, bagi Lesen Kenderaan Motor (LKM) & Lesen Memandu Malaysia (LMM) (termasuk PSV/GDL) yang akan tamat tempoh dari 1 Jun hingga 31 Julai 2021, diberikan kelonggaran untuk memperbaharui LKM & LMM mulai dari 1 Ogos sehingga 30 September 2021.

Orang ramai perlu memastikan kenderaan yang dimiliki masih dilindungi insurans yang sah & menunjukkan (e-cover note insurance) kepada anggota penguatkuasa sekiranya diminta untuk pengesahan. Perkara ini dimaklumkan sendiri pihak media JPJ bertarikh 4 Ogos 2021.

Kaunter Bagi Urusan JPJ Akan Dibuka Di Pejabat Pos Mulai 9 Ogos 2021

  1. Semua urus niaga yang dibenarkan adalah yang mempunyai janji temu sahaja.
  2. Kaunter Pejabat Pos Malaysia juga akan dibuka bagi urusan JPJ mulai dari tarikh 9 Ogos 2021.
  3. Jika anda perlu membuat urusan di Pejabat Cawangan JPJ, sila pastikan anda membuat temujanji secara atas talian atau melalui telefon terlebih dahulu.

*Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress