MySikap (JPJ) Renew Lesen Secara Online Lebih Mudah 2021
Ketika Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) dilaksanakan, sudah pasti ramai di kalangan kita menghadapi tarikh luput pada lesen memandu bukan? Jika mahu pergi renew, kaunter pula tidak beroperasi. Pening kepala dibuatnya, nak keluar takut ada roadblock, habis kena saman. Sekarang ini anda tak perlu risau dan jangan pening kepala lagi.
Kini dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ), anda tidak perlu lagi beratur panjang untuk renew lesen anda.
Alternatif seperti ini sememangnya membantu mengalakkan masyarakat untuk kekal duduk di rumah disaat kita masih lagi belum menang menghadapi pandemik COVID-19 ini.
Anda semua mahu tahu caranya? OnViral akan kongsikan maklumat kepada anda. Sila baca sampai habis ya.
Cara Renew Lesen Memandu atau Perbaharui Lesen Memandu Secara Online
Untuk perbaharui lesen memandu anda yang telah tamat tempoh, terdapat 2 cara, iaitu melalui mySIKAP ataupun melalui MyEG.
mySIKAP
Untuk melalukan perbaharui melalui MySikap, sila ikuti langkah-langkah ini:
-
- Layari laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) di https://www.jpj.gov.my/en/web/main-site/utama
- Boleh skroll ke bahagian bawah portal dan tumpukan perhatian pada bahagian mySIKAP pada bahagian kiri portal.
- Klik pada “Register” pada bahagian papan kenyataan yang tertulis “Public”.
- Selepas itu, anda akan dibawa ke halaman portal mySIKAP. Anda dikehendaki untuk melakukan pendaftaran kali pertama. Pada pendaftaran kali pertama, anda akan diberikan kata laluan sementara untuk log in ke portal mySIKAP melalui emel anda.
- Selepas log masuk, anda dikehendaki untuk melengkapkan maklumat dan menukar kata laluan tetap yang baru bagi menggantikan kata laluan sementara tadi.
- Setelah selesai, log masuk semula dengan kata laluan tetap, dan anda akan di bawa ke laman utama mySIKAP, klik pada bahagian lesen memandu.
- Kemudian, anda klik pada “Pembaharuan Lesen Memandu”.-
- Pilih lesen yang anda ingin perbaharui, dan tempoh jangka hayat lesen anda.
- Selepas itu, anda akan dibawa ke bahagian maklumat diri anda. Sila teliti maklumat terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran.
- Apabila selesai, boleh buat pembayaran dengan cara klik “bayar”.
- Setelah pembayaran selesai, anda perlu cetak bukti pembayaran anda untuk rujukan pihak JPJ jika hendak ambil lesen nanti.
- Semoga anda berjaya!
MyEG
Untuk perbaharui / renew lesen secara online melalui MyEG, sila ikuti langkah-langkah di bawah:
-
- Layari website https://www.myeg.com.my/
- Pilih “Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)”.
- Pilih “Perbaharui Lesen Memandu”.
- Isikan maklumat peribadi anda.
- Lakukan pembayaran.
Baca Juga: BSN Login : Cara Daftar & Cara Menggunakan Akaun MyBSN
Soalan Lazim
OnViral turut menyediakan soalan-soalan lazim berkaitan lesen untuk rujukan dan panduan anda:
1. Berapakah tempoh minimum pembaharuan lesen memandu?
-
- Pemohon boleh memperbaharui lesen mereka dalam tempoh minimum 1 tahun hingga maksimum 5 tahun.
2. Berapakah lamakah tempoh lesen memandu tamat jika saya tidak memperbaharuinya?
-
- Bagi Lesen P (PDL), tempoh sah lesen adalah setahun manakala lesen penuh atau Lesen Memandu Kompeten (CDL) adalah tiga tahun.
3. Apakah yang berlaku jika lesen memandu tidak diperbaharui?
-
- Sekiranya lesen kenderaan tidak diperbaharui dalam masa 3 tahun, pemohon perlu menjadualkan semula ujian memandu untuk dapatkan semula lesen.
4. Lesen L (LDL) telah tamat tempoh melebihi 2 tahun. Adakah saya masih boleh memperbaharuinya bagi membolehkan saya duduki ujian praktikal?
-
- Lesen L boleh diperbaharui bagi tempoh 3 atau 6 bulan tetapi tidak boleh melepasi agregat 2 tahun daripada tarikh ia dikeluarkan. Sekiranya melepasi tempoh tersebut, calon perlu mengulangi semula semua elemen latihan dan ujian bagi mendapatkan lesen L.
5. Adakah Lesen P boleh diperbaharui di pejabat pos atau online?
-
- Tidak. Lesen P atau lesen PDL dan lesen GDL (Good Driving License / Lesen Kenderaan Barangan) perlu diperbaharui di Pejabat JPJ. Namun begitu, lesen L (LDL) dan lesen penuh (CDL) boleh diperbaharui di mana-mana cawangan pejabat pos, UTC atau secara online.
6. Bilakah Lesen P boleh ditukar kepada Lesen CDL?
-
- Mengikut prosedur yang ditetapkan, permohonan pertukaran Lesen P hanya dibenarkan ditukar kepada Lesen CDL dalam masa 7 hari sebelum tamat tempoh.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai pembayaran secara atas talian ini, boleh hubungi +603-8000 8000 ATAU layari portal mySIKAP https://public.jpj.gov.my/Online/public/bantuan_atas_talian.html