RENEW SSM ONLINE DENGAN CEPAT DAN MUDAH

Bagi peniaga anda boleh renew ssm online. Bagi mereka yang berniaga tidak kiralah sama ada anda berniaga secara online ataupun mempunyai premis atau tapak, memang di galakan untuk berdaftar dengan ssm.

Ia sebagai salah satu bukti untuk mengesahkan perniagaan yang kita tubuhkan itu benar-benar sah di sisi undang-undang dan menunjukkan perniagaan kita berdaftar.

Bukan itu sahaja, apabila berdaftar dengan ssm syarikat kita juga akan dapat bermacam manfaat lain. Jadi, kita perlulah pastikan ssm kita sentiasa hidup dan kena selalu renew.

renew ssm online

Macam Mana Cara Nak Renew SSM Online??

Lagipun pada masa kini, kebanyakan antara kita suka untuk renew ssm online. Mana tidaknya, jika dahulu kita nak renew ssm perlu pergi ke pejabat ssm dan ada masanya kita terpaksa menunggu dalam tempoh masa yang lama kerana terlampau ramai orang.

Sudah tentu di sini ia akan membazir masa kita dan kita juga akan penat menunggu. Tetapi sekarang ini anda sudah boleh renew ssm online dengan menggunakan sistem ezbiz.

Jom kami terangkan cara untuk anda renew ssm online. Caranya ialah:

1-    Pergi Ke Laman Web Ezbiz

Untuk renew ssm online, anda perlu lakukanya di website rasmi ezbizz. Bagi yang baru pertama kali hendak renew, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas selesai mendaftar, anda perlu login mengikut username dan password yang telah anda daftarkan tadi.

2-    Buat Pengesahan

Selepas selesai mendaftar laman Ezbiz, bagi yang sudah pernah mendaftar Ezbiz sebelum ini anda sudah boleh terus renew ssm macam biasa tetapi jika anda baru pertama kali mendaftar dengan Ezbiz anda perlu mendapatkan pengesahan pendaftaran dengan thumbprint di pejabat SSM.

3-    Isi Maklumat Yang Di Minta

Selepas selesai proses di atas, proses seterusnya ialah isikan segala maklumat yang di minta. Di sini anda di minta untuk isi detail seperti:

  1. Berapa tahun anda hendak renew
  2. Perlukan maklumat perniagaan atau tidak
  3. Mempunyai cawangan atau tidak??
  4. Adakah lesen SSM anda sudah melebihi tempoh renew.

Satu perkara yang perlu anda tahu apabila hendak renew lesen anda jangan sesekali amalkan sikap lesen tersebut dah tamat tempoh baru kita hendak renew. Ini kerana, setiap hari anda lewat renew akan di kenakan kompaun oleh pihak SSM. Setelah selesai mengisi segala maklumat yang di minta anda perlu tekan button submit untuk ke proses yang seterusnya

Baca Juga: Permohonan Skim Sewa Beli Rumah DBKL

4-    Mula Membuat Bayaran

Setelah selesai poses di atas, tibalah masanya untuk anda membuat bayaran. Sebelum membuat bayaran anda perlu mengisi maklumat mengenai SSM anda seperti nama anda, nama syarikat, dan nombor pendaftaran SSM dan pastikan yang anda masukan adalag email yang betul dan email yang sering anda gunakan kerana lesen SSM anda akan di hantar ke email tersebut. Bila dah selesai isi segala maklumat tersebut anda boleh teruskan dengan bayaran. Untuk bayaran anda boleh gunakan pelbagai medium pembayaran online.

5-    Tunggu sijil SSM anda di hantar ke Email anda.

Anda sudah siap melakukan semua proses di atas?? Anda hanya perlu tunggu Ezbiz hantar sijil SSM anda ke email anda. Memang sangat menjimatkan masa dan tidak perlu berhujan panas untuk renew SSM.

Renew SSM Sangat Memudahkan Dan Menjimatkan Masa Kita

Kesimpulanya, renew SSM online sememangnya sangat memudahkan kita dan menjimatkan masa kita sebagai seorang peniaga. Tapi pastikan anda renew SSM online di website Ezbiz sahaja dan elakkan dari menggunakan orang tengah

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *