RMKe -12 : Utama Bantuan Untuk B40, OKU, PKS, Wanita Dan Bumiputera

Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12)

RMK-12 merupakan satu rancangan yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat dimana ianya bakal menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi dan mempunyai kualiti hidup yang lebih baik menjelang tahun 2025.

“Tujuan pembaharuan ini bukannya untuk menjana kekayaan negara semata-mata. Sebaliknya, untuk menangani beberapa cabaran dalam struktur ekonomi, menyediakan tenaga kerja masa hadapan, meningkatkan kesejahteraan Keluarga Malaysia & merapatkan jurang pembangunan antara wilayah” kata beliau.

Baca juga: Cadangan Kenaikan Pengeluaran iCitra Hingga RM10000

rmke-12

Perdana Menteri telah menggariskan matlamat utama dalam tempoh RMKe-12 iaitu:

    • Pertama: Pertumbuhan KDNK disasarkan pada kadar 4.5 hingga 5.5 peratus setahun dalam tempoh 2021-2025;
    • Kedua: Purata pendapatan isi rumah dianggarkan sebanyak kira-kira 10 ribu ringgit sebulan pada tahun 2025;
    • Ketiga: Jurang KDNK per kapita antara Wilayah Tengah dan Sabah dikurangkan kepada 1 nisbah 2.5, manakala bagi Sarawak dikurangkan kepada 1 nisbah 1.2 pada tahun 2025; dan
    • Keempat: Pengurangan intensiti pelepasan gas rumah kaca atau Green House Gas (GHG) sebanyak 45 peratus kepada KDNK pada tahun 2030 berdasarkan intensiti pelepasan pada tahun 2005, sejajar dengan Perjanjian Paris 2015

Sembilan fokus utama RMKe-12 adalah seperti di bawah:

    • Pertama adalah untuk Merancakkan Pertumbuhan Ekonomi;
    • Kedua adalah untuk Memperkukuh Pemangkin Pertumbuhan;
    • Ketiga adalah untuk Meningkatkan Kesejahteraan Keluarga Malaysia;
    • Keempat adalah untuk Memantapkan Keselamatan dan Ketenteraman Awam;
    • Kelima adalah untuk Membasmi Kemiskinan Tegar dan Merapatkan Jurang Pendapatan;
    • Keenam adalah untuk Memperkasa Agenda Bumiputera dan Keluarga Malaysia;
    • Ketujuh adalah untuk Melonjakkan Pembangunan Sabah, Sarawak dan Negeri-Negeri Kurang Membangun;
    • Kelapan adalah untuk Mempercepat Pertumbuhan Hijau; dan akhir sekali
    • Kesembilan adalah untuk Meningkatkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam dan memastikan Pelaksanaan Dasar yang Berkesan.

Fokus lain yang menjadi keutamaan adalah  untutk Memperkasa Agenda Bumiputera dan Keluarga Malaysia, Melonjakkan Pembangunan Sabah, Sarawak dan Negeri-Negeri Kurang Membangun, Mempercepat Pertumbuhan Hijau dan Meningkatkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam dan Memastikan Pelaksanaan Dasar yang Berkesan.

Beliau berkata lagi yang kerajaan akan meneruskan lapan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi yang bermula pada 27 Mac 2020 selepas ia berjaya menstabilkan ekonomi negara sehingga Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) kembali berkembang sebanyak 16.1 peratus pada suku kedua 2021 setelah menguncup pada empat sukuan sebelumnya.

“Ia akan diteruskan menerusi RMKe-12 yang akan membolehkan rakyat menikmati taraf hidup yang lebih baik malah semua strategi dan inisiatifnya sejajar dengan Agenda 2030 bagi Pembangunan Mampan yang dipersetujui oleh semua ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2015.

“Kita mahu memacu Malaysia ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi serta kalis cabaran pada masa hadapan. Namun, pencapaian ini tidak bermakna, jika masih ada Keluarga Malaysia yang terpinggir daripada arus pembangunan.

“Kita mahu hidup bahagia bersama-sama, sebagai satu keluarga tanpa mengira tahap pendapatan, agama, bangsa dan kaum. Dalam melaksanakan pembangunan, kelestarian alam perlu menjadi agenda utama negara kerana ia akan diwarisi oleh generasi masa hadapan,” jelas beliau lagi.

Baca juga: Rent4s neg4ri akan dipertimb4ng hujung 0ktober – Hishammuddin

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress