6 Rukun Iman Dalam Agama Islam, Mari Selami.

Rukun iman merupakan tunjang keimanan yang perlu dan harus dimiliki oleh orang Muslim. Terdapat 6 rukun iman yang mesti umat islam ketahui dan yakini. Iman membawa maksud membenarkan. Lebih mendalam menurut syariat Islam, iman bermaksud mengakui secara lisan, membenarkan dengan hati serta mengamalkan dengan perbuatan.

Asas ini perlu diyakini dan disematkan dengan kemas di hati setiap Muslim dengan tujuan melindungi akidah dari menyimpang daripada ajaran Islam yang asli. Diantara usul akidah adalah meyakini 6 rukun iman yang menjadi tiang akidah umat Islam. 6 Rukun iman berkenaan adalah seperti yang kita sedia maklum iaitu beriman kepada Allah, malaikat, kitab, rasul-rasul, hari kiamat serta qada dan qadar. Setiap satu daripada 6 rukun iman tersebut mempunyai perincian masing-masing.

Umat Islam adalah dituntut untuk beriman dan mengabdikan diri kepada Allah yang memiliki segala sifat-sifat kesempurnaan-Nya dengan tiada sedikitpun terdapat sifat-sifat kekurangan ke atas Nya. Dengan itu, keseluruhan umat Islam tidak boleh menyamakan sifat makhluk ke atas Allah kerana seperti yang kita maklum bahawa sifat makhluk mempunyai kekurangan contohnya sifat yang berubah-ubah, berjisim, mempunyai anggota, mempunyai pergerakan serta diam atau bising, bertempat, dipengaruhi oleh masa serta keadaan dan lain-lain. Begitu juga kita tidak boleh menyamakan Allah itu tempat duduknya di Arasy dan turun ke langit dunia itu menunjukkan bertempat dan bergerak itu sudah jelas hanyalah sifat makhluk.

6 Rukun Iman

Di bawah adalah ringkasan untuk pengertian enam rukun iman dalam Islam yang lengkap dengan ertinya:

1. Beriman kepada Allah
Umat Islam wajib mempercayai Allah SWT sebagai satu Zat yang tiada tolok tandingan-Nya. Umat Islam wajib mempercayai bahawa Allah SWT mempunyai kekuasaan terhadap alam semesta serta tiada dua atau yang setandingNya. Sebagai umat Islam kita juga harus percaya bahawa kesemua makhluk yang menyembah Allah bukan hanya terdiri daripada manusia tetapi juga haiwan, tumbuh-tumbuhan, para jin, para malaikat serta segala makhluk yang bernyawa.

2. Beriman kepada Malaikat
Malaikat diciptakan oleh Allah SWT untuk menjalankan tugas-Nya. Tugas-tugas malaikat adalah untuk mengatur seisi alam semesta. Malaikat diibaratkan sebagai perantara  kepada Allah SWT dengan semua mahkluk-Nya. Kewujudan malaikat juga adalah berlainan manusia dimana mereka tidak memiliki nafsu, tidak beranak, tidak mempunyai ibu bapa serta tidak memiliki kelamin atau gender. Antara hikmah beriman kepada malaikat adalah dimana setiap umat islam dapat mencontohi  teladan sifat malaikat yang amat taat dan patuh kepada Allah SWT.

3. Beriman kepada Kitab
Seperti yang kita maklum, Allah SWT menyampaikan ajaranNya melalui wahyu yang diturunkan melalui malaikat. Malaikat akan menyampaikan wahyu daripada Allah tersebut kepada para rasul dimana kesemua wahyu tersebut akan terkumpul sehingga menjadi kitab. Terdapat empat kitab suci yang wajib diimani oleh setiap umat islam iaitu kitab Taurat, kitab Zabur, kitab Injil serta kitab Al-Quran. Kitab Taurat telah diturunkan kepada Nabi Musa, kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Daud, kitab Injil diturunkan kepada Nabi Isa manakala kitab Al-Quran pula diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang merupakan rasul terakhir.

4. Beriman kepada Nabi dan Rasul
Umat Islam wajib meyakini akan kewujudan nabi serta rasul. Terdapat 25 orang nabi yang secara umumnya amat dikenali dalam Islam manakala terdapat 10 orang rasul dimana rasul adalah nabi yang telah menerima wahyu secara langsung dari Allah SWT melalui malaikat.

5. Beriman kepada Hari Akhirat
Umat Islam wajib beriman dan meyakini kewujudan hari kiamat atau hari akhirat dimana kewajiban untuk mempercayai bahawa pengakhiran kehidupan bukanlah kematian melainkan kiamat. Terdapat dua jenis kiamat dalam ajaran Islam iaitu kiamat besar dan kiamat kecil.  Untuk itu, segala amalan manusia di hari akhirat kelak akan ditimbang bagi menentukan samada mereka adalah termasuk dalam golongan yang akan masuk ke syurga ataupun ke neraka.

6. Iman kepada Qadha dan Qadar (Takdir)
Islam mengajar umatnya mengenal bahawa wujudnya takdir qadha dan qadar. Umat Islam harus mempercayai bahwa setiap takdir manusia telahpun ditetapkan oleh Allah SWT. Qadha membawa maksud ketetapan dimana sebelum sebelum dunia tercipta dan manusia lahir kedunia, Allah sudah mencipta serta menetapkan tentang jalan kehidupan, kebaikan, keburukan, dan kematian makhlukNya. Qadar pula membawa maksud ketentuan atau kepastian Allah yang mengatur segala yang akan terjadi, sedang terjadi, dan juga yang telahpun terjadi. Beriman kepada takdir Allah SWT akan menambah rasa syukur atas nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT. Selain itu, manusia cenderung bersikap rendah hati karena segala sesuatu datang dari Allah SWT.

Baca juga :Bacalah doa ini ketika sujud terakhir dalam solat kelebihannya sangat luar-biasa

Hikmah Rukun Iman

1. Ketenangan Hati
Ketenangan hati adalah salah satu hikmah beriman kepada Allah AWT dimana hati tidak mudah lemah serta goyah oleh bisikan nafsu syaitan dan orang-orang yang menyesatkan.

2. Mendapat Bimbingan serta panduan dari Allah SWT
Mendapat panduan dari Allah SWT ini bermaksed orang-orang yang beriman kepada Allah SWT akan mendapatkan petunjuk dari Allah untuk segala aspek kehidupan. Segala apa yang dilakukan merupakan pelbagai macam perbuatan yang terpuji dan baik serta menyenangkan.

3. Memiliki perasaan Kasih dan Sayang yang Tinggi
Beriman kepada Allah dapat mengubah diri kepada lebih mengingat kesusahan orang lain, seperti anak yatim, fakir miskin, serta menghargai sesama Islam dan juga orang lain. Dengan wujudnya perasaan serta sikap kasih sayang, jiwa orang yang beriman kepada Allah akan menjadi sangat tinggi. Ini kerana orang-orang yang beriman memiliki jiwa rendah hati. Mereka sering melakukan amal saleh serta menyayangi semua makhluk, kerana mereka sedar yang tiada ada satupun ciptaanNya adalah sia-sia.

4.  Mendapat Pahala Yang Besar Serta Diampuni Dosanya
Orang-orang yang dijamin oleh Allah SWT akan digugurkan serta diampuni dosanya serta memperoleh pahala yang besar disebabkan oleh ketaatan serta kepatuhan terhadap perintah Allah SWT dan berusaha menjauhi larangannya ketika hidupnya.

5. Kehidupan Dipermudahkan
Orang beriman diberi kemudahan dalam mewujudkan tujuan hidup, terutama bagi orang yang berpedoman kepada Al-Qur’an dan Hadis.

6. Mencegah Perbuatan Syirik
Umat Islam sudah maklum bahawa dengan mengetahui kebesaran dan kemuliaan Allah SWT,  akan sulit bagi seorang yang beriman berubah menjadi kafir dan menyekutukan Allah SWT.

7. Menambah Perasaan Syukur
Allah SWT yang telah menciptakan segala-galanya serta menyediakan nikmat yang besar kepada kita. Dengan kesedaran segala nikmat yang telah diberikan, umat Islam akan semakin bersyukur atas segala karunia yang telah Allah berikan kepada kita.

8. Ketaatan Kepada Allah Semakin Kuat Dan Bertambah
Perbezaan perintah dan larangan Allah SWT amat mudah dibezakan oleh seorang yang beriman maka jika mereka patuh perasaan hati akan selalu serta sering mengingati Allah Swt.

9. Memperoleh Kebahagiaan
Beriman dengan kesungguhan yang amat dalam kepada Allah SWT  boleh membuatkan hati manusia yang beriman berasa selesa, tenteram dan mampu membuatkan manusia merasakan kebahagiaan yang sebenar. Ini menujukkan mereka berada lurus di jalan yang diredhai Allah SWT.

6 rukun iman

Meningkatkan Iman Kepada Allah SWT

Umat Islam sebolehnya melakukan pelbagai cara demi meningkatkan dan menjaga iman kepada Allah SWT, di antaranya adalah:

1. Rutin Membaca Al-Qur’an
Al-Qur’an adalah pedoman yang paling utama demi untuk meningkatkan keimanan kita diman pada saat kita membaca dan mendengar Al-Qur’an keimanan kita akan bertambah.

2. Menjauhi Maksiat
Maksiat adalah penyebab berkurangnya iman seseorang itu. Oleh itu, jika kita mahukan iman kita kekal atau bertambah maka kita mesti meninggalkan maksiat. Godaan di dunia sangat banyak dan merata-rata baik godaan dari segi mata, telinga, lisan, serta anggota badan yang lainnya. Oleh sebab itu kita harus mengawal serta menjaga diri kita sebaik-baikinya.

3. Berkawan Dan Berkumpul Bersama Orang Sholeh
Adalah amat penting bagi kita untuk selalu teliti dalam memilih kawan kerana kualiti keimanan seseorang boleh dilihat dengan siapa dia berkawan.

4. Kerajinan Untuk Berdoa dan Beribadah
Mempunyai kerajinan untuk melakukan ibadah dan berdoa adalah satu langkah yang mampu meningkatkan kualiti iman seseorang kepada Allah SWT. dimana sebagai seorang muslim, adalah wajib bagi kita untuk melaksanakan solat lima waktu serta berdoa kepada Allah dengan tujuan memperkuatkan iman.

 

Semoga Allah SWT senantiasa mengiringi langkah kita menuju keimanan yang kuat.

Baca juga : Doa Dalam Islam

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress