Anda pasti teruja jika mendapat rumah baru. Apatah lagi rumah baru siap. Selepas berbulan-bulan menunggu. Inikan pula pasangan baru berkahwin yang tak sabar-sabar nak memenuhkan ruang tamu dengan perabot. Biasalah tu.. Akan tetapi, tidak kiralah rumah subsale, freehold atau apa jua jenis rumah, adalah digalakkan untuk menyediakan beberapa perkara sebelum duduk.
Tips terawal ialah yang anda perlu ambil kira ialah periksa terlebih dahulu setiap cacat cela dan kerosakkan yang ada dirumah seperti dinding merekah atau retak, cat tertanggal, plaster tanggal, jubil tercabut, bocor dan lain-lain.
Lazimnya pemaju rumah akan menyatakan tempoh selama 24 bulan atau 2 tahun untuk mengadu sebarang kerosakkan dan masalah lain dirumah yang baru kita beli sama ada dalam atau luaran.
Sedari hak kita sebagai pemilik rumah dan periksa apa yang patut diperbaiki dan dilaporkan kepada pemaju atau tuan rumah sebelum ini.
Baca Juga : Alamak Terlupa Kata Laluan BKM 2022!! – Jangan Risau, Boleh Set Semula
Alat Peralatan Yang Diperlukan Sewaktu Periksa Rumah Baru
Antara alat yang dinasihatkan untuk periksa rumah:
- Masking tape
- Untuk bahagian dinding merekah dan retak jadi lekatkan dan tanda.
- Marker Pen
- Menandakan apa kerosakan dengan menyatakan jenis masalah.
- Kertas A4
- Catatkan masalah kerosakkan supaya tidak terlupa dan teliti.
- Kamera / Handphone berkamera
- Ambil gambar masalah kerosakkan sebagai bukti konkrit
Perkara Yang Anda Perlu Buat Sebelum Duduk Dirumah Baru Anda
Laungan Azan
Menurut islam, amat digalakkan untuk menyebut lafaz Basmallah sebelum masuk rumah dan juga memberi salam dan melaungkan azan ditingkat paling atas agar seluruh pelusuk rumah bergema dengan getaran bunyi memuji Allah dan Rasul. Ini adalah sebagai langkah agar rumah kita dirahmati dan sebagai simbol bersyukur dengan rezeki diberiNya. Bukan itu sahaja, ini juga dapat menghalau anasir – anasir jin jahat dan syaitan yang suka menghuni diruang kosong yang lapang.
Pintu
Lakukan tindakan membuka dan menutup pintu berkali kali untuk memeriksa keadaan tombol dan selak pada lubang bingkai pintu.
Jubin Rongak
Jubin ronggak bermaksud terdapat beberapa keping jubin tiada diatas lantai. Barangkali kerana telah pecah sewaktu pengubahsuaian rumah untuk kali terakhir. Meskipun anda lihat lantai rumah seakan sempurna, anda dinasihatkan untuk mengetuk tiles dengan duit syiling atau pemutar skru agar dapat mengesan apa yang tidak elok pada jubin seperti bunyi lompong. Jubin yang elok ialah jubin yang padat.
Tandakan jubin itu dan laporkan pada pemaju.
Pendawaian Elektrik
Hidupkan suis utama dan periksa satu persatu suis lampu, kipas dan soket.
Meter Air
Pastikan pili air mengalirkan air dengan lancar dan tidak tersangkut-sangkut atau mengeluarkan air kotor. Periksa mangkuk tandas, sinki, kepala paip dan kepala shower.
Akhir sekali periksa meter air.
Tingkap Dan Sliding Door
Buka tutup tingkap dan pintu luncur berulang kali. Ini untuk mengesan jika ia tersangkut atau ia tidak boleh ditutup sepenuhnya. Pastikan juga ia boleh dikunci dengan sempurna
Tangga
Goyang-goyangkan tangga(kayu/papan) untuk mengenalpasti masalah.
Dinding
Periksa dinding rumah anda, kalau ada retak sila maklumkan segera.
Sememangnnya indah kalau dapat rumah baru. Sebaiknya kita amalkan persediaan ini sebelum terus duduk. Mesti kita nak duduk dengan selesakan nanti. Takkan masa dah duduk baru nak tuntut dan baiki kerosakan. Terpaksalah keluar untuk proses pembaikkan sedangkan banyak lagi perabot tak siap beli lagi. Sementara tempoh masa pemaju berikan cukup lama gunakan sebaiknya.
Semoga artikel ini membantu anda selepas mendapat kunci rumah.
Baca Juga : Terkini | Pengeluaran KWSP RM10K Telah Dibenarkan – PM