SPNB | Cara Mohon Rumah Mampu Milik 2021 Serendah RM300 Sebulan

SPNB | Cara Mohon Rumah Mampu Milik 2021 Serendah RM300 Sebulan

SPNB atau dikenali sebagai Syarikat Perumahan Negara Berhad merupakan syarikat milik Menteri Kewangan Malaysia yang telah diperbadankan.

SPNB ditubuhkan adalah bertujuan untuk menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti, selesa dan sesuai dengan permintaan pasaran kepada masyarakat Malaysia.

Juga bertujuan untuk merapatkan jurang ekonomi kemampuan bagi memastikan pemilikan tanah kepada semua.

Baca Juga : Residensi Prihatin : Permohonan Program Rumah Pertama Golongan B40

Kriteria Kelayakan Permohonan SPNB

Untuk memohon kediaman ini, permohonan adalah terbuka kepada rakyat Malaysia yang layak utnuk membuat pinjaman bank.

Contoh Rumah SPNB

Cara Mohon Rumah SPNB

Untuk permohonan rumah SPNB ini, anda perlukan dokumen-dokuemen seperti berikut:

    • Deposit RM1,000 dalam bentuk draft atas nama “SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD”
    • Salinan IC pemohon
    • Penyata gaji 3 bulan terkini
    • Borang J (Penyata cukai pendapatan) terkini/ Borang EA
    • Penyata KWSP anda yang terkini
    • Surat Pengesahan Jawatan (dari majikan)

Namun, jika anda bekerja sendiri, sila bawa penyata bank anda 3 bulan yang terkini, pendaftaran perniagaan SSM anda dan dokumen sokongan yang ada jika perlu.

Ataupun anda boleh rujuk cara pendaftaran RMR Rumah Mesra Rakyat untuk maklumat lanjut.

Baca Juga : Skim Rumah Pertamaku : Cara Mohon Pinjaman Tanpa Perlu Deposit

borang permohonan SPNB

Contoh borang anda boleh dapatkan di laman web rasmi.

Semakan SPNB

Untuk semakan status permohonan rumah Mesra Rakyat anda, sila klik di pautan berikut :

https://rmr.spnbonline.com.my/

Sila login secara online di portal tersebut. Anda juga boleh melakukakan online payment atau menggunakan JomPay untuk membuat pembayaran.

Harga Kediaman

Kediaman ini berharga lebih kurang RM150,000  dan ke atas.

Keluasan Kediaman

Secara amnya, keluasan rumah teres SPNB adalah dari 850 kps hingga 1850 kps. Manakala apartmen pula, berukuran dari 600 kps hingga 1200 kps sahaja.

Maklumat Lanjut

Anda mempunyai sebarang pertanyaan dan soalan? Sila hubungi :

    • Telefon : 03 2618 5555
    • Waktu beroperasi : Isnin – Jumaat (9 Pagi – 6 Petang)
    • Emel : pr@spnb.com.my

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress