Rumah Selangorku : Cara Permohonan Dan Syarat Permohonan

Rumah Selangorku. Setiap orang memasang impian untuk membeli rumah denga hasil titik peluh sendiri. Walaupun rumah tersebut tidaklah sebesar mana tetapi ia cukup membuatkan kita merasa gembira.

rumah selangorku

Namun begitu, pada waktu ini untuk membeli rumah bukanlah satu perkara yang mudah. Tambahan pula semakin hari harga rumah di dalam negara kita semakin meningkat dan menjadi semakin mahal sehinggal ada yang mencecah sehingga jutaan ringgit.

Ia sudah pastinya di luar dari kemampuan kebanyakkan dari kita. Impian untuk memiliki rumah sendiri pun hanya terkubur begitu sahaja dan mungkin kita tidak akan memiliki rumah yang kita impikan.

Skim Rumah Selangorku Mula Di Wujudkan

Disebabkan harga rumah yang semakin hari semakin meningkat terutama sekali di negeri Selangor yang sudah pasti membebankan kebanyakkan dari kita, kerajaan negeri Selangor mula mengambil inisiatif untuk memperkenalkan satu skim perumahan baharu mampu milik dan memberi keselesaan sama seperti  seperti perumahan yang lain. Skim perumahan ini di beri nama Rumah Selangorku.

Skim perumahan ini mula di wujudkan sejak tahun 2014 lagi. Ianya memberi peluang untuk rakyat Selangor memiliki rumah impian dengan harga mampu milik. Ia secara tidak langsung dapat merealisasikan impian setiap dari kita untuk memiliki rumah sendiri terutama sekali di sekitar Selangor.

Baca Juga: Permohonan Skim Sewa Beli Rumah DBKL

Syarat Permohonan

Walaupun skim perumahan ini di wujudkan untuk rakyat negeri Selangor tetapi ada beberapa syarat yang perlu di penuhi untuk memohon skim perumahan ini. Syarat ini adalah untuk memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja yang boleh mendapat skim perumahan ini. Antara syaratnya ialah:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
  • Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan;
  • Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000-00 sebulan sahaja dibenarkan permohonan Jenis A manakala pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D;
  • Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000-00 sebulan adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D. Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan;
  • Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan
  • Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor;
  • Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri ;
  • Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
  • Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih berstatus SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku

Dokumen Permohonan Yang Diperlukan??

Untuk membuat permohonan rumah Selangorku, ada beberapa dokumen penting untuk memudahkan pihak Lembaga Hartanah Dan Perumahan Selangor menilai permohonan anda. Antara dokumen yang di perlukan ialah:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
  • Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan;
  • Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin;
  • Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
  • Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;
  • Penyata KWSP (jika ada); dan
  • Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.

Setelah selesai sediakan segala dokumen dan cukup syarat yang telah di tetapkan, anda boleh mula membuat permohonan di portal rasmi Lembaga Hartanah Dan Perumahan Selangor

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

1 thought on “Rumah Selangorku : Cara Permohonan Dan Syarat Permohonan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *