Rupanya Ini Cara Pindah Wang ASB Ke Bank Lain

Tatkala ekonomi sedang beransur pulih. Rakyat hari ini sudah dibenarkan merentas negeri memberi makna tiada had dalam interaksi bisnes dan syarikat mahupun sekecil kecil transaksi.

Bagaimanapun, segelintir rakyat masih sedang berjalan perlahan untuk menstabilkan ekonomi secara individu. Seluruh cara untuk mengeluarkan wang yang mereka ada perlu dimanfaatkan agar

dapat menampung beban kewangan bagi melangsungkan kehidupan.

Cara Keluarkan Duit ASB Online Melalui Portal myASNB

Lihat langkah-langkah keluarkan duit asb online di bawah:

    1. Daftar sebagai pengguna jika pertama kali menggunakan Portal myASNB ini.
    2. Tekan Daftar & isikan maklumat pengguna
    3. Login seperti biasa bila dah daftar. Masukkan ID & KATA LALUAN.
    4. Klik pada menu PORTFOLIO
    5. Klik pada butang TRANSAKSI
    6. Pilih pada JUALAN BALIK
    7. Baca & fahamkan notis PENGISYTIHARAN.
    8. Isikan jumlah berapa RM yang anda ingin keluarkan duit ASB.
    9. Tandakan pada kotak Pengesahan.
    10. Tekan pada butang TERUSKAN
    11. Klik PERMINTAAN TAC & anda akan menerima SMS dengan nombor TAC.
    12. Masukkan nombor TAC yang anda terima itu.
    13. Pengesahan transaksi yang berjaya akan dipaparkan di skrin.
    14. Jumlah wang yang dikeluarkan akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda dalam masa 2-3 hari bekerja.
    15. Selesai!

Sebelum mendaftar, kepada mana-mana pemegang unit yang masih belum mengemaskini nombor telefon perlu berbuat demikian terlebih dahulu di mana-mana cawangan atau ejen ASNB.Bawa bersama kad pengenalan.

Dibawah terdapat langkah yang bersifat:

Had dan Kekerapan Pengeluaran ASB Online

    • Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM1000 sahaja untuk sebulan manakala jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100.
    • Kekerapan transaksi dibenarkan hanya sebanyak 3 kali sahaja sebulan.
    • Pengeluaran dibenarkan melalui dari akaun sendiri sahaja.

*Sebarang transaksi yang melebihi RM1000 perlu dibuat dicawangan ASB terdekat kerana Had maksimum pengeluaran RM1,000.00.

Waktu Operasi

Waktu urus niaga sedia ada myASNB seperti berikut:

    • Unit Amanah Harga Tetap: Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 6.00 petang
    • Unit Amanah Harga Berubah: Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 4.00 petang

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan pengeluaran ASB online, anda boleh menghubungi ke hotline Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899 atau e-mel asnbcare@pnb.com.my.

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda.

 

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress