Rupanya ini yang menyebabkan wanita ini menjerit dalam pesawat, kecoh satu pesawat!

Sebuah kapal terbang komersial telah dilaporkan terpaksa patah balik ke lapangan terbang Arab Saudi selepas dapat tahu seorang penumpang wanita sedar bahawa bayinya tertinggal di terminal.

Oleh kerana kejadian itu ia menyebabkan juruterbang terpaksa meminta tlong serta kebernaran dari pusat kawalan trafik udara untuk pulang semula ke Jeddah.

Kerana seorang ibu warganegara Saudi telah membuta laporan kepada pilot bahawa bayinya tertinggal di ruang menunggu Lapangan Terbang King Abdul Aziz.

Mungkin pelik tetapi itulah yang terjadi. Atas dasar tanggungjawab, pilot Fligt SV832 berkenaan membuat panggilan ke menara kawalan, oleh sebab kecemasan dan telah mendapat kebenaran untuk berpatah balik untuk ambil semula bayi penumpang.

“Alhamdulillah. Sekarang boleh patah balik atau bagaimana?” antara percakapan juruterbang yang dapat dirakamkan.

“Saya bagitau anda, ada seorang penumpang dalam pesawat tertinggal bayi di terminal dan tak mahu penerbangan ini dilanjutkan.”

Setelah mendapat keputusan untuk berpatah balik telah diluluskan, kedengaran penumpang bersorak dari dalam penerbangan. Tenang sungguh pilot itu. Semoga Allah sentiasa rahmati beliau.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress