Terkini 2022 | Kerajaan Akan Kreditkan Saguhati Umrah RM1671 Ke Akaun Tabung Haji

Kerajaan Akan Kreditkan Saguhati Umrah RM1671 Ke Akaun Tabung Haji

Apakah Saguhati Umrah?

Mesyuarat telah diadakan antara Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Kementerian Kewangan Malaysia dan Tabung Haji (TH), YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad dan telah mencapai persetujuan agar sejumlah saguhati akan dikreditkan dalam akaun simpanan TH para jemaah umrah bagi memudahkan urusan.

Pihak TH mendapati seramai lebih kurang 1,000 jemaah umrah masih belum mempunyai akaun simpanan TH.

Saguhati akan dikreditkan sebanyak RM1,671 seorang ke dalam akaun simpanan TH akan dibuat pada hari Jumaat, 18 Februari 2022.

Bilakah Tarikh Bayaran 

Bayaran akan dibuat 18 Februari ini melalui akaun simpanan Tabung Haji.

Cara Permohonan & Semakan Bayaran Saguhati

Pihak MOTAC telah menyerahkan senarai yang mengandungi nama sebanyak 8,027 jemaah umrah yang ayak menerima saguhati kepada TH.

Pembayaran akan dikreditkan kedalam akaun Tabung Haji jadi bagi ahli jemaah diwajibkan membuka akaun Tabung Haji untuk tujuan pindahan wang sebelum 18 Februari 2022.

Para jemaah umrah digalakkan melayari www.thijari.com.my untuk membuka akaun simpanan TH secara dalam talian

atau menghadirkan diri ke kaunter TH yang terdekat untuk tujuan mengaktifkan akaun secara biometrik atau secara cap jari.

Dijangkakan ramai jemaah umrah akan mengalami kesukaran untuk membuka akaun Tabung Haji secara Online maka itu sila hadir ke cawangan berdekatan supaya pembukaan akaun dapat dibantu oleh Kakitangan disana.

YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad juga akan memastikan segala tuntutan ini akan dilaksanakan dengan effisien supaya tidak berlaku sebarang kesulitan walau sekecil-kecil urusan. Insyallah, warga jemaah umrah akan dibantu dengan sebaik-baik usaha dari pihak kerajaan.

Maklumat Lanjut

Sumber: KENYATAAN MEDIA , YB SENATOR DATUK HAJI Idris Ahmad, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

Semoga semua urusan jemaah dipermudahkan oleh Allah SWT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *