Seperti yang kita sedia maklum,Menteri Kesihatan,Khairy Jamaluddin telah menyarankan tentang dos penggalak bagi penerima vaksin covid-19.
Beliau juga memaklumkan baru-baru ini disidang media,sekiranya penerima vaksin sinovac gagal dan tidak berjaya mendapatkan dos penggalak ,status vaksinasi di dalam aplikasi MySejahtera akan bertukar menjadi warna putih, bermaksud status vaksinasi penuh tidak lagi diberikan dan sekatan akan dibuat di pintu masuk tertentu.
Berkata tentang kesan vaksin yang dialami oleh ramai pihak , Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri ,pakar kesihatan ada kongsikan tips berguna kepada kita.
5 tips hilangkan sakit pada tempat suntikan
Menerusi satu video yang dikongsikan oleh Dr Syid Ayob ,beliau menjelaskan perkara paling utama dan pertama adalah pemilihan tangan yang kita selesa dan kurang kekerapan penggunaan seharian.
@drsyidayob Siapa2 nak pi ambil booster dose tu kena buat tips ni ok #drsyid #health ♬ original sound – Dr Syid Ayob Al Qudri
Tips paling penting jangan dikeraskan tangan ketika proses suntikan vaksin dilakukan. Malah, bagi mengelakkan keradangan selepas cucuk vaksin, kita sangat disarankan untuk tuam ais ke bahagian bekas suntikan tersebut.
Vaksin dicucuk secara intramuscular dimana akan dicucuk masuk hingga ke otot dan akan menghasilkan imun dimana akan memberikan kesan keradangan
Selain itu, beliau juga memberitahu kita harus mengerak-gerakkan tangan dan senaman ringan untuk melancar kembali aliran darah dan mempercepatkan pemulihan di kawasan kena cucuk.Senaman ringan diulang sekitar 20 kali setiap beberapa jam pada hari pertama dan kedua selepas menerima suntikan vaksin.
Tambahnya lagi,kita juga disarankan untuk tidak mengambil sebarang ubat tahan sakit sebelum menerima suntikan vaksin dan dalam tempoh 24 jam kerana vaksin yang disuntik sedang menghasilkan antibodi secara total.
-onviral