Salahkah Membela Anjing, Ini Penjelasan Sebenar Julia Farhana.

Selepas tularnya gambar Julia bersama seekor anjing yang diakui sendiri oleh Julia bahawa anjing  yang diperlihara diberi nama Julio, pelakon Julia Farhana dihentam dan dikecam hebat oleh netizen.

Menerusi hantaran di Instagram, Julia menyatakan bahawa dia menerima setiap teguran daripada semua pihak dengan hati terbuka. Tambah Julia, 27, dia sedar bahawa tindakannya memelihara anjing itu tidak betul.

“saya tidak menyatakan apa yang saya lakukan itu adalah betul . Jauh dari itu. Saya memilih untuk selamatkan anjing yang terbiar  pada ketika itu.Jika boleh saya nak selamatkan setiap yang bernyawa  tapi saya tak mampu. Jika setiap seorang dari kita menyelamatkan seorang anak-seekor kucing,seekor anjing ia akan memberikan impak besar pada kehidupan kita”

Saya terima semua teguran baik dengan hati terbuka, saya reflect balik dan cuba sebaik mungkin untuk jaga hati semua pihak. Doesnt julio deserve the same chance to life?

Julio diambil pada ketika ia sangat kecil dan mempunyai masalah penyakit kulit sehinggalah dia membesar menjadi anjing yang manja,comel,setia dan penyayang terhadap kami sekeluarga.

Ujar Pelakon Wanita Terbaik Asia Peace Film Festival 2017, dia akan memperbaiki dirinya untuk menjadi lebih baik di masa depan

Buat public figures yang mengeluarkan ulasan tanpa menghubungi saya, tanpa memahami situasi sebenar dan terus menghukum ,perkara ini sangat mengecewakan hati saya sekeluarga. Tapi saya terima kerana kerana situasi yang ada mungkin mengelirukan banyak pihak.

Terima kasih semua untuk teguran yang baik, saya cuba perbaiki apa yang saya mampu. Terima kasih untuk perhatian dan keprihatinan semua,saya hargai.

sumber instagram @Juliafarhana

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress