Setelah hampir dua tahun berlalu, akhirnya keputusan kes saman terhadap kakak iparnya ,Nor Hidayah akan diketahui di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur hari ini .
Berkongsi berita berkenaan di laman Instagramnya, Ali menyerahkan perkara tersebut atas kebijaksanaan hakim untuk membuat keputusan serta berserah kepada Allah. Katanya, tindakan yang diambil olehnya itu adalah untuk memperjuangkan hak Allahyarham abangnya Abam Bocey juga arwah ibu mereka, Sabariah Arshad.
“Saya berharap keputusan esok yang terbaik untuk kita semua selepas apa yang berlaku semasa proses prosiding .Orang menuduh pada perkara yang kita tidak buat tanpa usul periksa dan menghakimi seperti tahu luar dan dalam cerita sebenar.Memang agak panas tapi Allah tahu semuanya dan saya serahkan semuanya pada Dia”
View this post on Instagram
Ali juga mengatakan segala kecaman yang diterima dari dulu hingga sekarang telah lama dia maafkan .Baginya, netizen tidak tahu perkara sebenar yang berlaku dan hanya komen sesuka hati. Lantas itu, ada menghantar video permohonan maaf dan tak kurang juga yang datang berjumpa dengannya di luar dan di rumah untuk memohon maaf atas keterlanjuran dalam memberikan komen tanpa usul periksa.
Kontorversi terjadi apabila kakak iparnya Hidayah bertindak memfailkan saman terhadap Ali sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.
Saman yang dibuat Hidayah terhadap Ali adalah mengambil harta peninggalan arwah abangnya Abam Bocey serta harta anak yatim. Selain itu, tuduhan yang difailkan adalah tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.
Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan dan Nor Hidayah berkahwin pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang kini berusia 5 tahun.-onviral