Sampai Begitu Sekali Guru AntiVax Diuji. Baik Suruh Mereka Berhenti Jer.

Tak Perlu Diperlakukan Sebegitu Rupa,”Guru Tidak Vaksin Jangan Masuk Sekolah”

Sedih Sampai Macam Tu Sekali Guru Yang Tak Nak vaksin Diperlakukan.

Satu posting perkongsian oleh seorang pengguna di laman facebook baru-baru ini mengundang perasaan yang becampur baur. Wujud rasa simpati, kasihan dan ketidakselesaan, tak kurang juga rasa risau.

Tugas sebagai seorang guru amat penting untuk mendidik anak-anak bangsa. Perkongsian gambar seakan diskriminasi yang berlaku di sebuah sekolah menunjukkan sekolah tersebut telah membuat pembahagian kepada guru-guru yang tidak mengambil vaksin. Kelihatan di satu sudut bangunan sekolah telah diletakkan sepanduk yang berbunyi “Guru Tidak Vaksin Jangan Masuk Sekolah” yang sudah terang-terang menunjukkan mereka tidak dapat melakukan tugas mengajar.

Terdapat juga bilik khas untuk menempatkan guru-guru yang tidak mengambil vaksin.

Tertanya-tanya juga, jika datang ke sekolah, bagaimana mereka mahu mengajar jika tidak dibenarkan masuk?

Guru-guru yang tidak melakukan vaksin juga tidak dibenarkan menggunakan tandas seperti kebiasaan. Kelihatan pengguna Facebook berkenaan menunjukkan message whatsapp dimana guru terpaksa menggunakan tandas kantin.

Bayangkan mahu beli makanan dikantin pun kena tunggu waktu. Nasib baik bolehla juga ber whatsapp dengan kakak yang bekerja dikantin sekolah untuk tahu bila mereka boleh membeli makanan di kantin.

Benarlah kata pepatah ” Tidak berguna tingginya ilmu tanpa adab TAPI tingginya martabat seseorang dengan adab walaupun tak banyak ilmu”

Rasanya tidak salah sekiranya guru-guru yang tidak mengambil vaksin dibenarkan untuk mengajar asalkan mereka mengikut SOP yang ditetapkan khas untuk mereka yang tidak mengambil vaksin.

Mungkin SOP untuk mereka yang tidak mengambil vaksin agak berat sedikit tetapi dengan melakukan langkan seakan meminggirkan mereka dirasakan amat tidak bersesuaian.

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress