Seorang kanak-kanak lelaki ,Archie Wood berusia 13 tahun yang sedang bercuti bersama kedua orang tuanya di Bexhill Beach menjumpai ‘harta karun’ yang disangka hanya kayu biasa.Pantai Bexhill terkenal dengan peninggalan barang purba ketika perang yang terdampar di pantai .
Menggunakan alat pengesan keluli yang dibeli oleh ayah Archie Wood,dia menemui sepotong kayu yang terkambus di dalam pasir.Potongan kayu yang unik itu menarik minatnya untuk menggali pasir dan proses tersebut mengambil masa yang lama untuk membawa keluar ‘kayu’ tersebut.
Ketika dia berjaya membawa keluar kayu itu, Archie merasakan kayu tersebut sangat luar biasa dengan potongannya yang unik.Lalu menunjukkan kayu tersebut kepada ayahnya namun ditertawakan oleh si ayah kerana menganggap kayu sebagai harta karun.
Namun Archie tekad untuk membawa balik ‘kayu’ tersebut kerana dia merasakan ada daya unik yang tersendiri sementelah telah menghabiskan tenaga dan masa untuk membawa keluar ‘kayu’ tersebut dari dalam pasir.
Potongan kayu seberat hampir 4kg dengan kepanjangan setengah meter .Archie akhirnya memulakan carian namun usahanya gagal dan info yang didapati sepertinya tidak membantu . Lantas membawa ke muzium untuk diteliti oleh orang lebih arif.Ahli pengkaji muzium sangat terkejut dengan penemuan itu dan mengakui ‘kayu’ tersebut bukan hanya sekadar kayu tapi ia adalah tanduk Auroch(sapi kuno).
Sapi itu telah lama pupus dan dahulunya pernah hidup di Eropah dan membiak di sekitar Asia dan Afrika Utara.Ternyata tanduk yang ditemui oleh Archie itu adalah tanduk sapi Auroch yang telah berusia sekitar 4000-6000 tahun yang lalu.
Pihak muzium menawarkan sejumlah harga 3 juta kepada Archie untuk membeli tanduk berkenaan kerana mereka juga sedang dalam kajian dan mempelajari ekosistem pada ketika itu dan tanduk Auroch itu adalah suatu penempuan yang membantu mereka .
Namun,menurut Archie fosil tanduk ini sangat penting untuk diteliti dan dipelajari lebih lanjut sehingga dia memutuskan untuk menyumbangkan sahaja penemuan tanduk tersebut kepada pihak muzium.
Tanduk itu kini berada di koleksi muzium Bekersfield dan nama Archie juga tercatat di sana sebagai penyumbang penemuan tanduk tersebut.-onviral