SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah adalah laman portal yang sangat penting bagi para ibu bapa !! Apakah yang ada di dalam sistem ini? Di sinilah tempat secara dalam talian guru-guru sekolah mengisi markah ujian dan peperiksaan murid .
Semua murid sekolah yang telah menduduki ujian dan peperikasaan di peringkat sekolah akan di masukkan markahnya ke dalam sistem ini. Semua markah akan dianalisis mengikut kelas , mengikut tahun, subjek dan sebagainya .
Antara objektif sistem ini diwujudkan adalah bagi mengurangkan masalah permintaan data peperiksaan murid sekolah . Selain itu, SAPS juga boleh dijadikan sebagai penunjuk aras kepada pihak yang berkenaan melalui analisis TOV ( Take Of Value ), ETR ( Expected Target Result ) dan juga AR ( Actual Result ) .
Sistem SAPS ini akan memaparkan slip keputusan peperiksaan pelajar dan markah termasuk gred dan kedudukan di dalam kelas . Semakan keputusan peperiksaan boleh dibuat bagi sekolah rendah iaitu dari Darjah 1 sehingga Darjah 6. Untuk sekolah Menengah, semakan disediakan bagi pelajar Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5.
Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar
Berikut dikongsikan cara mudah dalam membuat Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa secara online . Sila klik link tersebut https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
Cara-cara untuk membuat semakan, sila ikuti beberapa langkah di bawah:
- Layari portal SAPS Ibu Bapa atau klik link ini https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/ .
- Masukkan nombor kad pengenalan pelajar dan klik “Cari” .
- Kemudian masukkan maklumat sekolah pelajar termasuk pilihan negeri dan nama sekolah .
- Klik butang “Semak” .
- Sistem akan memaparkan keputusan peperiksaan pelajar .
Namun untuk makluman semua sistem SAPS Ibu Bapa tidak menyokong peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, SPM dan STPM dipaparkan menggunakan Sistem Semakan Keputusan Peperiksaan .
Sistem analisis peperiksaan sekolah hanya menyokong ujian bulanan dan peperiksaan tahunan yang diuruskan pihak sekolah termasuk peperiksaan percubaan sahaja .
Untuk makluman semua , berikut adalah gred pemarkahan pelajar di sekolah rendah, menengah dan menengah atas untuk rujukan ibu bapa.
GRED SEKOLAH RENDAH
MARKAH | GRED | KEPUTUSAN |
80 – 100 | A | Cemerlang |
65 -79 | B | Baik |
50 – 64 | C | Memuaskan |
40 – 49 | D | Mencapai Tahap Minimum |
0 – 39 | E | Belum Mencapai Tahap Minimum |
TH | Tidak Hadir |
GRED SEKOLAH MENENGAH
MARKAH | GRED | KEPUTUSAN |
85 – 100 | A | Cemerlang |
70 -84 | B | Kepujian |
60 – 69 | C | Baik |
50 59 | D | Memuaskan |
40 – 49 | E | Mencapai Tahap Minimum |
0 – 30 | F | Belum Mencapai Tahap Minimum |
TH | Tidak Hadir |
GRED SEKOLAH MENENGAH ATAS
MARKAH | GRED | KEPUTUSAN |
90 – 100 | A+ | Cemerlang Tertinggi |
80 – 89 | A | Cemerlang Tinggi |
70 – 79 | A- | Cemerlang |
65 – 69 | B+ | Kepujian Tertinggi |
60 – 64 | B | Kepujian Tinggi |
55 – 59 | C+ | Kepujian Atas |
50 – 54 | C | Kepujian |
45 – 49 | D | Lulus Atas |
40 – 44 | E | Lulus Atas |
0 – 39 | G | Gagal |
TH | Tidak Hadir |
Ia berikutan ibubapa atau penjaga boleh memantau perkembangan prestasi pembelajaran anak-anak / jagaan mereka selain dapat muat-turun (download) slip keputusan peperiksaan secara atas talian (online) melalui portal Semakan Ibu Bapa di Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) tersebut .