Sebab Kenapa Ramai Yang Dapat Status HSO, PUS Dalam Aplikasi MySejahtera

Sebab Kenapa Ramai Yang Dapat Status HSO, PUS Dalam MySejahtera

Awal pagi semalam kecoh di sana sini pengguna media sosial mendakwa status mereka di aplikasi MySejahtera bertukar tiba-tiba bertukar menjadi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dan Individu dalam pemantauan (PUS).

Setelah diteliti dan mencari jawapan di laman sosial, rupa-rupanya aplikasi yang diwujudkan selepas negara dilanda penularan Covid-19 itu menjadi trending di Twitter.

mysejahtera

Di bawah adalah komen dan ulasan daripada pengguna MySejahtera

Ujar penggunanya;

“Bangun pagi ini dapat notifikasi kena buat self-assessment. Pelik jugak tengok-tengok kena #PUS. Tak ada travel luar negara, bukan kontak rapat mana-mana dan tak pergi tempat PKPD.”

“Saya memang duduk di rumah sahaja, tiba-tiba dapat notifikasi mengatakan status saya Person Under Surveillance (PUS). For my history, saya tiada keluar ke mana-mana dalam 14 hari.”

“My status bertukar PUS when i have not been in contact with any clusters, other people seem to have this too, is this a glitch? This is not a glitch that people can afford to have- the PUS status is a home quarantine which i do not need.”

“MySejahtera saya belom bertukar… status still PUS….I have no close contact or symptoms of Covid-19.”

“Buat panik ja Mysejahtera ni. Pagi-pagi suruh update apps, sekali jadi PUS.”

Atas sebab tersebut, aplikasi MySejahtera telah tampil membuat permohonan maaf di atas kesilapan teknikal yang membabitkan pemberian status HSO dan PUS kepada beberapa orang.

Menerusi laman Twitter, MySejahtera telah menjelaskan bahawa masalah berkenaan sudahpun diperbaiki dan kesemua status HSO telahpun dipadam serta status PUS pula sudah ditarik semula.

MySejahtera meninggalkan mesej kepada sesiapapun yang terkesan boleh menghantar DM di Twitter mereka MYSJ ID untuk tindakan lanjut.

Twitter Public Health Malaysia turut berkongsi tentang langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh individu yang masih mempunyai status PUS, boleh mencuba langkah-langkah seperti di bawah:

    1. Log Off dan log in balik.
    2. Log off > delete MySejahtera > download semula MyS > login.
    3. Log off > pergi settings > clear cache MyS > login semula.

Di Samping desas desus yang terjadi, ada yang mengatakan status MySejahtera mereka kembali kepada asal selepas mendapatkan bantuan di ruangan ‘helpdesk’ dalam aplikasi itu.

Baca Juga: Cara Tebus Baucar RM100 Shopee | Tebus Sekarang!

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress