Selesaikan Segera Saman Trafik Anda Di Mybayar Saman | 31 Disember Tarikh Akhir!

Cara Daftar Mybayar Saman dan Login mybayar.rmp.gov.my selepas register mysaman secara online untuk bayar saman pdrm dengan cepat dan mudah

Jika dahulu, kita terpaksa pergi ke kaunter bayaran balai polis trafik terdekat untuk bayar saman atau perlu menggunakan pihak ketiga seperti myeg untuk bayar saman secara online.

Sekarang tidak lagi. Pihak polis diraja Malaysia PDRM / Royal Malaysia Police (RMP) baru sahaja melancarkan sistem online mybayar saman yang memudahkan pesalah trafik seperti anda untuk bayar secara online.

Sistem online ini diwujudkan selaras dengan hasrat kerajaan untuk mendigitalkan sistem kerajaan bagi melancarkan ururan selepas ini seiring dengan perkembangan pesat internet dan ICT yang ada di malaysia hari ini.

Sila layari laman web ONVIRAL.COM.MY untuk berita-berita dan permohonan terkini.

Langkah Daftar MyBayar Saman

1) Sila masukkan maklumat yang diperlukan selengkapnya termasuk memasukkan nombor telefon anda yang sah. Tekan pautan di bawah untuk daftar.

Mybayar saman online https://mybayar.rmp.gov.my/en/registration

2) Anda akan diminta memasukan nombor OTP yaang telah dihantar ke no telefon yang telah anda daftarkan dalam sistem online rmp ini.

3) Sila masukkan password (kata laluan) yang anda ingin gunakan dalam sistem ini. Pastikan password yang anda bakal gunakan adalah unik mengikut ciri-ciri keselamatan daripada diceroboh.

4)  Proses pendaftaran yang telah anda lakukan yang telah berjaya akan terpapar dan anda dibenarkan untuk log masuk kedalam sistem online mybayarsaman.

Langkah Login Mybayar Saman

Sila masukkan nombor kad pengenalan / no ic / nombor mykad ataupun nombor pendaftaran syarikat berserta password untuk login masuk sistem mybayar saman online.

Tekan pautan di bawah untuk Log masuk https://mybayar.rmp.gov.my login masuk

Gambar di bawah adalah contoh pembayaran online daripada seorang pesalah trafik yang berjaya menjelaskan pembayaran saman pdrm online melalui sistem mybayar dengan hanya bayar RM300 sahaja dari RM1500. Sila lakukan segera sebelum tarikh akhir. Anda tidak perlu bersesak-sesak dan tak perlu mengambil cuti semata-mata mahu membayar saman trafik PDRM.

Soalan Lazim & FAQ

    • Saya lupa password / kata laluan. Bagaimana ya?

Tiada masalah boleh terus tekan forgot password untuk reset semua kata laluan anda

    • Adakah warga asing boleh guna sistem cara bayar saman online ini?

Tidak boleh

    • Boleh bayar guna kad kredit / credit card?

Boleh

    • Berapa lama status bayar saman akan sistem kemaskini selepas bayaran dibuat?

Sistem akan kemaskinikan serta merta

    • Adakah ada caj bayaran semasa bayar guna sistem online mybayarsaman ini?

Tiada. Penggunaan adalah secara percuma

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau menghadapi sebarang masalah dan kesulitan semasa menggunakan sistem mybayarsaman online ini, sila berhubung dengan Cawangan Pengurusan Saman PDRM di nombor talian ini : 03-2266 3346 / 03-22663347

Jelaskan segera pembayaran saman anda sebelum tarikh akhir 31 Disember 2021.

Baca Juga : TERKINI | Kerajaan tak berhasrat benarkan pengeluaran KWSP untuk mangsa banjir Kerana ada bantuan Disediakan – PM

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress