Pembayaran Fasa 3 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) akan dibuat pada Disember 2021
Pada 25 November, bayaran fasa kedua BKC melibatkan 700,000 penerima isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin telah dikreditkan.
Pembayaran seterusnya iaitu Fasa 3 BKC akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu pada bulan Disember 2021 melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40.
Untuk maklumat lanjut termasuk kriteria penerima dan jumlah bantuan yang bakal diterima, warga Keluarga Malaysia boleh merujuk Jadual serta Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di bawah.
Semakan status kelulusan BKC boleh dibuat melalui Portal BKC, iaitu https://bkc.hasil.gov.my.
Jika anda kurang pasti sama ada anda layak menerima bayaran bantuan BKC Fasa 3, di sini kami kongsikan info lanjut tentang semakan kelayakan serta jumlah bayaran Bantuan Khas COVID 19 (BKC Fasa 3) yang terkini.
Apakah Bantuan Khas COVID 19 (BKC)?
Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.
Syarat Kelayakan
Kategori penerima yang layak menerima BKC adalah seperti berikut:
- Miskin tegar
- B40
- M40
Sila rujuk jadual kelayakan penerima BKC dengan terperinci melalui kriteria di bawah:
Jumlah Bayaran BKC Fasa 3
- B40 (Kategori Berkahwin) : RM300
- Miskin Tegar (Kategori Berkahwin) : RM300
Sila rujuk jadual penuh bagi setiap kategori penerima di bawah:
Tarikh Bayaran BKC Fasa 3
Pembayaran BKC akan dibuat secara berfasa sebanyak 3 kali. Bagi fasa 3, bayaran akan dibuat pada bulan Disember 2021.
Berikut adalah tarikh bayaran yang dijadualkan bagi ketiga-tiga fasa BKC tersebut.
- BKC Fasa 1 : Mulai 6 September 2021 (*Bagi kategori M40 bermula 9 September 2021)
- BKC Fasa 2 : Mulai 25 November 2021
- BKC Fasa 3 : Disember 2021
Penerima bagi setiap Fasa BKC adalah seperti berikut:
- Fasa 1: Miskin Tegar (Semua Kategori Berkahwin, Bujang & Warga Emas) , B40 (Semua Kategori Berkahwin, Bujang & Warga Emas) & M40 (Semua Kategori Berkahwin, Bujang & Warga Emas)
- Fasa 2 : Miskin Tegar (Semua Kategori Berkahwin, Bujang & Warga Emas),
- Fasa 3 : B40 (Kategori Berkahwin) & Miskin Tegar (Kategori Berkahwin)
Semakan Status Bantuan BKC Fasa 3
Orang awam boleh membuat semakan status kelayakan Bantuan Khas Covid19 melalui 2 cara berikut:
i) Layari laman sesawang https://bkc.hasil.gov.my (Portal rasmi BKC
ii) Hubungi Lembaga Hasil Dalam negeri Malaysia (LHDNM) Hotline BKC melalui talian 1800-88-27-47
Terlupa Kata Laluan BKC
Jika anda terlupa kata laluan BKC dan tidak dapat mengakses akaun anda, sila rujuk cara mendapatkan semula ID / password melalui langkah berikut:
Bilakah pembayaran Bantuan Khas Covid-19 Fasa 3?
- Bayaran Fasa 3 dijadualkan pada bulan Disember 2021.
Berapakah jumlah yang akan diterima oleh penerima BKC Fasa 3?
- RM300
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk ke laman web https://bkc.hasil.gov.my atau Hotline BKC di talian 1-800-88-2747 atau Talian Khas BKC.
Untuk berurusan di kaunter LHDN, sila rujuk di https://bpr.hasil.gov.my/myBPR/eApp/eTemuJanji.aspx untuk menempah slot e-Janji Temu online.