Semasa pembentangan PEMERKASA Tambahan lalu, salah satu inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri ialah penambahan Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan (BPR Tambahan) sehingga RM500 secara ‘one-off’.
Kepada mereka yang tidak lulus boleh membuat rayuan BPR sehingga 30 Jun 2021.
Apa Itu BPR Tambahan?
Untuk makluman, BPR Tambahan merupakan penambahbaikan BPR 2021 dengan tambahan nilai bantuan. Pakej ini disebut dalam Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi Tambahan (PEMERKASA +).
Kriteria Kelayakan
BPR Tambahan ini akan diberikan kepada penerima BPR 2021 yang berkelayakan.
Oleh itu, penerima yang telah menerima BPR sebelum ini AUTOMATIK akan menerima bantuan ini tanpa perlu membuat permohonan baru.
Mohon Juga: Bantuan Kanak-Kanak Maksimum RM1,000 Sebulan
Jumlah Bantuan
Berikut adalah nilai bantuan yang akan diterima oleh penerima:
- Pendapatan Isi Rumah bawah RM2,500 = BPR Tambahan RM500
- Pendapatan Isi Rumah bawah RM5,000 = BPR Tambahan RM300
- Bujang: BPR Tambahan RM100
Tarikh Bayaran
Menurut sumber rasmi dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tarikh pembayaran akan dilaksanakan pada penghujung bulan Jun 2021.
Tarikh rasmi akan diumumkan tidak lama lagi, harap maklum.
Tatacara Semakan BPR Tambahan
Anda boleh semak kelayakan anda pada penghujung Jun 2021.
- Layari portal rasmi BPR: https://bpr.hasil.gov.my/
- Log masuk dan masukkan nombor Kad Pengenalan anda.
- Tekan butang ‘Semak’.
Kaedah Pembayaran
Pembayaran akan dilaksanakan melalui pengkreditan ke akaun bank yang telah didaftarkan atau secara tunai di kaunter BSN.
Kerajaan juga ada mengumumkan Bantuan Warga Emas untuk tahun 2021.
Soalan Lazim
1.Berapakah BPR Tambahan untuk orang bujang?
- Orang bujang yang berkelayakan akan mendapat RM100.
2. Bagaimanakah cara permohonan BPR Tambahan ini?
- BPR Tambahan tidak perlu untuk membuat permohinan baru. Hal ini kerana mereka yang layak menerima BPR sebelum ini, secara automatik akan menerima bantuan tambahan ini.
3. Berapakah BPR Tambahan untuk Isi Rumah?
- Keluarga yang berkelayakan akan menerima RM300 – RM500 tambahan
4. Bilakah pembayaran BPR Tambahan?
- BPR Tambahan akan dilaksanakan pada hujung bulan Jun 2021. Tarikh rasmi akan diumumkan kelak. Sila rujuk website ini untuk maklumat lanjut.
5. Bagaimanakah cara semakan BPR Tambahan?
- Semakan BPR Tambahan boleh lakukan di https://bpr.hasil.gov.my/
Kami doakan semoga permohonan anda berjaya!