Kini urusan untuk semakan nama pengundi dalam pilihan raya menjadi mudah dan cepat. Anda boleh membuat semakan daftar pemilih dan lokasi tempat mengundi hanya dengan melalui atas talian sahaja(online).
Tidak perlu lagi untuk ke pejabar SPR untuk mengetahu status daftar pemilih anda.
Hanya perlu masuk ke laman web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia(SPR) dan masukkan nombor kad pengenalan individu yang ingin disemak daftar pemilih dan tekan semak.
Segala info mengenai daftar pemilih akan dipaparkan terus di laman web ini. Semakan ini hanya boleh dibuat oleh rakyat Malaysia yang sudah mendaftar sebagi pemilih. Jika tidak, maklumat individu itu tidak akan kelihatan dalam sistem ini walaupun anda seorang rakyat Malaysia. Jadi, cepatlah untuk daftar pemilih bagi membuat semakan ini.
Cara-cara Semak Nama Daftar Pemilih dan Lokasi Mengundi
Seorang rakyat Malaysia yang telah daftarkan diri sebagai seorang pengundi boleh buat semakan status dan tempat mengundi secara terus dengan masuk ke laman web https://pengundi.spr.gov.my/
Selanjutnya anda mesti masukkan nombor kad pengenalan dan masukkan “aksara captcha” yang tertera di bawah nombor kad pengenalan. Tekan pada butang semak dan maklumat daftar pemilih akan dipaparkan secara terus.
Melalui sistem ini anda akan ketahui lokasi mengundi secara terperincin seperti daerah mengundi, DUN, parlimen dan negeri. Jika berlaku perubahan tempat mengundi anda dinasihatkan untuk terus hubungi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia(SPR) sebelum hari pengundian.
Semak Daftar Pemilih & Lokasi Mengundi Secara SMS
Selain semakan online juga boleh membuat semakan melalui sistem pesanan ringkas(SMS).
Untuk semakan daftar pemilih secara SMS, sila taip SPR(jarak) SEMAK(jarak) No.Kad Pengenalan dan hantarkan ke 15888. Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Talian Hotline 03-8892 7018/03-88927200.
Diharap artikel mengenai semakan daftar pemilih ini boleh membantu anda semua untuk mengetahui status mengundi anda. Jika merasakan maklumat ini berguna kepada semua, anda dinasihatkan untuk kongsi artikel ini kepada semua rakyat Malaysia yang layak untuk membuang undi pada Pilihan Raya Umum. Semoga bermanfaat