Semakan Maidam – Cara Untuk Menyemak Permohonan Maidam

Semakan Maidam. Bila sebut sahaja mengenai Maidam, mungkin ada antara anda yang mengenali siapakah MAIDAM dan apakah fungsinya??

Semakan Maidam

MAIDAM (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu) adalah satu agensi yang di wujudkan untuk menyediakan bantuan untuk para asnaf yang berhak dan memenuhi syarat kelayakan. Mereka juga berperanan sebagai pihak Berkuasa Agama Utama yang berwibawa dalam pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam dan maslahat umat Islam keseluruhannya.

Mereka juga, sentiasa berusaha merealisasikan agenda pembangunan keagamaan, pendidikan, Adat Melayu (sosio-budaya), ekonomi dan sistem perundangan secara terancang, menyeluruh dan berkesan. Disebabkan itu, MAIDAM telah meyediakan pelbagai jenis bantuan khusus untuk asnaf supaya mereka dapat meringankan beban yang ditanggung oleh para asnaf.

Macam Mana Nak Buat Permohonan Bantuan MAIDAM

Bagi yang yang benar-benar layak untuk mendapat dan memenuhi syarat anda boleh membuat permohonan bantuan MAIDAM secara online dengan cara:

  1. Pilih borang permohonan berkaitan untuk dimuat turun melalui http://www.espmb.com/maidam_zakat/
  2. Isi maklumat yang dikehendaki.
  3. Cetak semua borang permohonan.
  4. Hantar borang asal beserta salinan dokumen yang dikehendaki ke Pejabat MAIDAM atau Kaunter Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing.

Cara Hendak Membuat Semakan MAIDAM

Apabila anda sudah menghantar permohinan bantuan MAIDAM, anda perlu menunggu dalam tempoh 14 hari untuk pihak MAIDAM memproses permohonan anda.  Untuk membuat semakan MAIDAM atau mengetahui status permohonan, anda perlu melakukanya secara online seperti berikut:

  1. Layari laman web rasmi semakan bantuan MAIDAM di http://www.espmb.com/maidam_zakat/SemakanLoginKP.aspx
  2. Masukkan nombor kad pengenalan yang telah didaftarkan tanpa tanda sengkang.
  3. Lihat status yang tertera pada skrin.

Baca Juga: Permohonan Anak Angkat JKM

Jenis Bantuan Yang Di Tawarkan Dalam MAIDAM

Dalam MAIDAM ada bermacam jenis bantuan yang di tawarkan khusus untuk membantu dan meringankan beban fakir miskin yang tinggal di sekitar Terengganu. Selain itu, bantuan-bantuan yang di tawarkan ini juga dapat membantu fakir miskin dalam meningkatkan taraf hidup masing-masing. Antara bantuan yang di tawarkan ialah:

 1- Sektor Sosial dan Kemanusiaan

  • Bantuan Bulanan.
  • Bantuan Sara Hidup.
  • Bantuan Baikpulih Rumah / Bina Rumah Baru.
  • Bantuan Perubatan / Hemodialisis.
  • Bantuan Kecemasan/Bencana.
  • Bantuan Berhutang.
  • Bantuan Sewa Rumah.
  • Bantuan Serta-Merta.
  • Bantuan Sempena Ramadhan.
  • Bantuan Pusat Pemulihan / Rumah Perlindungan.
  • Bantuan Pengurusan Jenazah Tanpa Waris.
  • Bantuan Masjid Surau.

2. Sektor Pendidikan dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

  • Bantuan Awal Pengajian Pusat Kemahiran dan IPT.
  • Dermasiswa dan Bantuan Am Pelajaran IPT
  • Program Memartabatkan Institusi Ulama’
  • Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT.
  • Bantuan Persatuan Pelajar Terengganu di IPT.
  • Bantuan Program Keagamaan Di IPT Dalam Negeri .
  • Bantuan Persekolahan.
  • Latihan Kemahiran Anak Asnaf.
  • Bantuan Tabung Kebajikan Pelajar dan Pengurusan Pondok / Madrasah.
  • Bantuan Kem Akademik Pelajar Sekolah.
  • Bantuan Program Keagamaan Dalam Negeri.

3. Sektor Ekonomi dan Keusahawanan

  • Bantuan Modal Berdikari / Perniagaan.
  • Kursus Keusahawanan Asnaf.

4. Bantuan Saudara Kita (Muallaf)

  • Saguhati Hari Raya
  • Bantuan Kewangan Bulanan
  • Elaun Kehadiran Kelas Agama Asas
  • Bantuan Sewa Rumah
  • Dermasiswa Muallaf
  • Bantuan Perkahwinan
  • Bantuan Umum Pelajaran
  • Pembinaan Rumah Individu
  • Saguhati Galakan Saudara Baru
  • Bantuan Modal
  • Bantuan Perubatan Muallaf
  • Kursus dan Latihan
  • Pengurusan Jenazah
  • Bantuan Berkhatan

 

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress