Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (MySPR SPPA)
Pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mengingatkan rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas yang masih lagi belum mendaftar supaya menyemak & mengesahkan maklumat bagi pendaftaran automatik pengundiyang akan bermula Jumaat ini (1 Oktober).
Jadi kepada warganegara yang berumur 18 tahun ke atas dan belum mendaftar sebagai pengundi lagi, dinasihatkan untuk membaca penuh artikel ini.
MySPR SPPA
Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (MySPR SPPA) ini perlu dibuat semakan dengan tujuan untuk memberi peluang kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan juga mereka yang belum mendaftar sebagai pemilih untuk membuat semakan serta mengesahkan maklumat peribadi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia sebelum mereka didaftarkan secara automatik sebagai pemilih.
Tempoh Membuat Semakan
Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (MySPR SPPA) akan bermula pada 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2021.
Semasa tempoh SPPA, setiap warganegara Malaysia berumur yang 18 tahun ke atas yang masih lagi belum mendaftar sebagai pemilih boleh membuat penyemakan serta pengesahan maklumat dan sekaligus membuat aduan dengan SPR sebelum didaftarkan secara automatik sebagai pemilih.
Bakal pemilih dinasihatkan untuk mengemaskini alamat kad pengenalan mereka di Jabatan Pendaftaran Negara selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2021, sekiranya bakal pemilih tidak lagi tinggal di alamat yang dipaparkan.
Baca juga: Permohonan Terakhir! Bantuan RM200 Untuk Golongan B40 Sebelum 1 Oktober 2021
Langkah Membuat Semakan MySPR SPPA
Anda boleh membuat Semakan melalui dua langkah di bawah:
-
- Sila tekan pautan https://mysprsppa.spr.gov.my/
- Sila imbas kod QR di tempat semakan SPPA seluruh negara.
Aktiviti semakan boleh dilakukan di dalam Portal MySPR SPPA bermula tarikh 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2021.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut berhubung semakan Pra Pendaftaran pemilih Automatik, sila rujuk info di bawah dan sila baca kenyataan media penuh oleh SPR seperti berikut:
-
- Sila hubungi Hotline SPR: 03-8892 7018
- Sila layari portal SPR KLIK DISINI
- Pejabat Pilihan Raya Negeri di https://www.spr.gov.my/ms/hubungi-kami/cawangan-spr