Semakan Permohonan Rayuan BPR Dibuka Ogos 2021

Susulan daripada BPR Fasa 1 yg telah pun tamat, kerajaan telah membuat bajet untuk bantuan pagi BPR Fasa 2 memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dibuat semula berikutan peningkatan kes COVID19. Semakan permohonan rayuan BPR Fasa 2 boleh disemak bermula pada bulan Ogos 2021 ini.

Mana-mana individu yang sudahpun membuat permohonan rayuan boleh memperolehi keputusan semakan status permohonan dalam bulan Ogos 2021 ini. Perkara dibawah boleh dibuat rujukan bagi maklumat penuh berkaitan jumlah bantuan yang akan diterima oleh individu yang memohon berserta semakan permohonan rayuan bpr secara online.

Jumlah Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Berikut adalah jumlah yang anda akan dapat jika anda membuat rayuan dan lulus:

a) Kategori Isi Rumah < RM2,500

    • 0-1 Anak : Fasa 2 = RM400
    • 2 Anak ke atas : Fasa 2 = RM400

b) Kategori Isi Rumah > RM2,500 – RM4,000

    • 0-1 Anak : Fasa 2 = RM300
    • 2 Anak ke atas : Fasa 2 = RM300

c) Kategori Isi Rumah > RM4,000 – RM5,000

    • 0-1 Anak  :Fasa 2 = RM100
    • 2 Anak ke atas : Fasa 2 = RM250

d) Bujang < RM2,500

    • Fasa 2 = RM200

 

Cara Semakan Status Bayaran BPR Ogos 2021

Anda boleh rujuk langkah-langkah dibawah untuk membuat semakan status kelulusan dan maklumat pembayaran BPR :

    • Sila Log masuk ke laman web BPR di https://bpr.hasil.gov.my/
    • Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
    • Kemudian tekan butang “Semak Status” dan status bayaran / permohonan akan dipaparkan.

Sebab-Sebab Rayuan BPR Fasa 2 Tidak Lulus

Dibawah adalah sebab kenapa permohonan BPR Fasa 2 TIDAK LULUS:

    • 05 – Perlu pengesahan pada maklumat pengenalan pasangan anda.
    • 12 – Pemohon adalah pemegang saham / pengarah syarikat / perkongsian liabiliti terhad
    • 36 – Pemohon atau pasangan anda merupakan penerima GKP
    • 31 – Perlu pengesahan status perkahwinan.
    • 39 – Pendapatan isi rumah melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan.

Maklumat Lanjut

Sila layari laman web BPR ATAU hubungi LHDNM untuk pertanyaan lanjut:

Laman Web LHDN : https://bpr.hasil.gov.my/
LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi 9:00 pagi – 5:00 petang)
MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi 9:00 pagi – 5:00 petang)
Hadir ke cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress