Semakan Status & Jumlah Bayaran Bagi BKC Fasa 2
Untuk makluman, pembayaran BKC akan dibuat dalam 3 fasa dimana pembayaran fasa 1 telah diberikan bermula 6 September 2021 yang lepas. Fasa 2 & Fasa 3 pula akan disalurkan pada bulan November & Disember tahun ini. Pembayaran BKC akan dibuat dalam 3 fasa, namun tidak semua kategori penerima akan menerima bayaran dalam kesemua fasa ini.
Di bawah adalah kenyataan media yang dikeluarkan september lepas.
Jumlah Bantuan BKC Fasa 2
Di bawah merupakan jumlah bayaran yang akan diterima oleh mereka yang layak di setiap kategori pada Fasa 2:
Miskin Tegar
-
- Isi Rumah – RM500
- Warga Emas/ Tua Sebatang Kara – RM300
- Bujang – RM300
B40
-
- Isi Rumah – RM300
Baca juga: Cara Mohon Sijil Kelahiran Yang Hilang Secara Online Sahaja
Sila rujuk jadual pembayaran seperti berikut:
Sila rujuk maklumat di bawah untuk perincian jumlah bantuan BKC yang telah diumumkan:
-
- Isi Rumah kategori Miskin Tegar akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan September (Fasa 1), RM500 pada bulan November (Fasa 2), dan RM300 pada bulan Disember (Fasa 3).
- Bujang kategori Miskin Tegar (individu) akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan September (Fasa 1) dan RM300 pada bulan November (Fasa 2).
- Isi Rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos (Fasa 1) dan RM300 pada bulan November (Fasa 2).
- Bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan September (Fasa 1).
- Isi rumah kategori M40 akan menerima bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan September (Fasa 1).
Langkah Membuat Semakan Status Bantuan BKC Fasa 2
Sila rujuk langkah dibawah untuk semakan status BKC:
-
- Sila buka laman web rasmi semakan KLIK DISINI
- Sila Log masuk dengan menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan (Sama seperti akaun BPR anda)
- Sila rujuk bahagian menu semakan untuk melihat status pembayaran
Baca juga: Cara Tutup Akaun ASTRO Tanpa Perlu Ke Kaunter
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan BKC, sila tekan link ini KLIK DISINI