Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada mereka yang layak dan memerlukan yang diagihkan kepada golongan bujang dan juga berkeluarga. Anda boleh rujuk jadual dibawah untuk pembayaran BPR bagi keseluruhan fasa 1, fasa 2 dan fasa 3:
Tarikh pembayaran BPR Fasa 3 akan mula diagihkan pada September 2021 berdasarkan notis yang telah dikeluarkan oleh Kementerian kewangan dimana tarikh rasmi akan diumumkan dalam tempoh masa yang terdekat.
Semakan Status Pembayaran BPR Fasa 3
Dalam pada itu, anda juga boleh membuat semakan awal status bayaran anda di laman web : https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
Sila Log masuk dengan menggunakan id anda.
Jumlah Bayaran Untuk BPR Fasa 3
Jumlah pembayaran bagi Fasa 3 adalah mengikut kategori berdasarkan jadual di bawah:
Kategori Keluarga
-
- RM500 untuk isi rumah < RM2,500 (Kurang dari 1 anak)
- RM1,100 untuk isi rumah < RM2,500 (2 anak ke atas)
- RM200 untuk isi rumah > RM2,501 – RM4,000 (Kurang dari 1 anak)
- RM600 untuk isi rumah > RM2,501 – RM4,000 (2 anak ke atas)
- RM100 untuk isi rumah > RM4,001 – RM5,000 (Kurang dari 1 anak)
- RM200 untuk isi rumah > RM4,001 – RM5,000 (2 anak ke atas)
Berapakah Jumlah Bayaran Fasa 3 Bagi Kategori Bujang?
Kategori bujang tidak akan menerima bayaran Fasa 3 kerana telah menerima keseluruhan amaun bayaran Bantuan Prihatin Rakyat berjumlah RM350 dalam Fasa 1 dan Fasa 2.
Soalan Lazim
1. Berapakah jumlah bayaran untuk BPR Fasa 3?
Anda boleh rujuk jumlah yang dinyakan dalam gambar 1. Pembayaran adalah mengikut kategori .
2. Adakah pembayaran BPR termasuk untuk golongan bujang?
Tidak termasuk kerana pembayaran BPR untuk golongan bujang sudah dilakukan semasa BPR Fasa 1 dan Fasa 2.
3. Bilakah tarikh pembayaran BPR Fasa 3?
Pembayaran akan diagihkan pada bulan september 2021. Akan tetapi tarikh rasmi akan diumumkan kemudian oleh Kementerian Kewangan.