Semakan Status Pembayaran GKP 4.0 RM500 September 2021

Berita gembira buat anda penerima GKP 4.0, pembayaran RM500 akan dibuat pada bulan September ini. Untuk pengetahuan anda, pelaksanaan Geran Khas Prihatin atau GKP ini telah berjaya menyokong kelangsungan perniagaan atau business survival dalam kalangan peniaga kecil, terutamanya mereka yang masih tidak dibenarkan operasi.

Pengusaha IKS diminta siap sedia hadapi SOP lebih ketat

Secara keseluruhan pihak kerajaan telah memperuntukkan sejumlah 5.1 billion ringgit melalui inisiatif GKP. Oleh itu, OnViral ingin berkongsikan kepada anda berkenaan maklumat pembayaran GKP bagi bulan September.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https//:t.me/portalsemakan

Jumlah Bayaran GKP 4.0

Jumlah keseluruhan GKP 4.0 adalah RM1,500 dan akan dibayar secara berperingkat. Pembayaran pertama telahpun dibuat pada bulan Julai yang lalu.

    • Julai: RM500 (GKP Tambahan)
    • September: RM500
    • November: RM500

Tarikh Bayaran GKP 4.0

Buat masa ini tiada tarikh tertentu yang diumumkan namun begitu pembayaran akan dibuat pada bulan September ini.

Sama-sama kita nantikan pengumuman tarikh pembayaran GKP dan kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.

Semakan GKP 4.0

Anda boleh membuat semakan GKP dengan melayari pautan https://gkp.hasil.gov.my/

Pendaftaran GKP 4.0

Untuk pengetahuan anda, permohonan GKP 4.0 telahpun ditutup sejak 31 Julai lagi.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai GKP 4.0 boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara). Rujuk Soal Jawab GKP 4.0 di sini.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress