Semakin Laku, Iqbal Dapat Tawaran Berlakon Dengan Zul Ariffin & Mimi Lana

Kejutan penampilan usahawan muda Iqbal Zulkefli minggu lalu di pentas Big Stage mendapat perhatian dan kecaman juga komen pedas dari pelbagai pihak . Terbaru,Iqbal dikatakan mendapat tawaran berlakon sebaris bersama Zul Ariffin dan Mimi Lana.

“Saya perlu betulkan mindset orang kita juga. Apabila dapat sesuatu peluang, jangan lepaskan sebab peluang tu tak selalu datang. Walaupun kita tahu bukan yang terbaik,” katanya.

Tambahnya lagi,peluang berlakon hanya datang sekali dan bagi dirinya ia adalah satu peluang baik untuk maju baju dalam industri hiburan.

“Saya memegang watak yang besar juga. Dah dapat tawaran cuba je la. Tak boleh la hero, saya tak layak jadi hero saya rasa,” katanya.

Baca : Dato Vida Bertentang Mata Dengan Ajai Bagi 5 Markah pada “Abe Bal”

“Yang content tu tak apa nak kecam, sila kecam. Tapi ini kita bekerjasama dengan orang. Saya bukan seorang yang kalau nak, aku bayar kau, aku bayar kau, saya takkan ada prinsip macam tu. Kak Erma yang hubungi saya dulu,” katanya.

Iqbal dihubungi sendiri oleh pelakon dan pengarah Erma Fatima untuk tawaran berlakon berkenaan.Mengulas komen-komen netizen yang mengatakan “ada duit semua boleh dibuat”, Iqbal berkata

tidak semua perkara kita boleh beli dengan duit,Walaupun kita ada duit tapi tak ada attitude yang baik, orang takkan berurusan dengan kita.

-onviral

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress