Bantuan JKM 2021: Semakan Status & Jadual Bayaran Bulanan

Bantuan JKM Tahun 2021

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan perkhidmatan bantuan kewangan kepada kumpulan sasar yang memerlukan. Bantuan JKM Tahun 2021 ini bertujuan untuk membantu meringankan beban rakyat Malaysia terutamanya apabila ditimpa kesusahan.

Pemberian bantuan ini juga bertujuan supaya rakyat dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna di samping di samping membantu rakyat ke arah pemulihan, pencegahan, serta pembanguan modal insan.

Di samping itu, proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup yang lebih berdikari.

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis bantuan yang ditawarkan oleh JKM yang boleh dimohon, sama ada secara bulanan atau sekaligus mengikut kategori di bawah.

Kami dari onviral akan kongsikan kepada anda senarai bantuan tersebut. Sila baca dengan teliti.

Baca Juga: Bantuan JKM: Permohonan Online Bantuan JKM Kanak-Kanak RM1,000 Tahun 2021

11 Jenis Bantuan JKM Tahun 2021

PERHATIAN!

  • Semua permohonan yang dibuat perlu memenuhi kriteria dan kadar pemberian bantuan kebajikan adalah berdasarkan kepada setiap jenis bantuan berikut:

1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Kadar Bantuan:

  • Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang.
  • Maksimum sebanyak RM450 seisi rumah melebihi 4 orang kanak-kanak.

Kriteria Kelayakan Khusus:

  • Merupakan warganegara Malaysia dan bermaustautin di Malaysia;
  • Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat  (KPKM).

2. Elaun Pekerja Cacat

Kadar Bantuan:

  • RM400 sebulan seorang.

Kriteria Kelayakan Khusus:

  • Warganegara, bermastautin, dan bekerja di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Pemegang kad OKU JKM;
  • Pendapatan bulanan RM1,200.00 dan ke bawah;
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

Kadar Bantuan:

  • RM250 seorang sebulan.

Kriteria Kelayakan Khusus:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Pemegang Kad OKU JKM;
  • Tidak berupaya bekerja;
  • Pemohon bukan penghuni / pelatih Institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang menyediakan perkhidmatan / kemudahan secara percuma atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).
  • Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Nota: Sumber kewangan seperti pencen / perkeso / bantuan dan lain-lain

4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

Kadar Bantuan:

  • RM350 sebulan seorang.

Kriteria Kelayakan Khusus:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Pemohon adalah penjaga sepenuh masa / memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar / pesakit terlantar / pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000 atau
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

5. Bantuan Orang Tua (BOT)

Kadar Bantuan:

  • RM350 sebulan seorang.

Kriteria Kelayakan Khusus:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tingal di Institusi kendalian JKM; atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma atau
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

6. Bantuan Am Persekutuan

Kadar Bantuan:

  • RM100 sebulan seorang.
  • RM350 maksimum sebulan sekeluarga.

Kriteria Kelayakan Khusus:

  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.

7. Bantuan Anak Pelihara (BAP)

Kadar Bantuan:

  • RM250 sebulan seorang kanak-kanak.
  • Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.

Kriteria Kelayakan Khusus:

Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak / kanak-kanak seperti berikut:

  • Kanak-kanak yang berumur bawah 18 tahun;
  • Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa (anak yatim)
  • Kanak-kanak yang bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
  • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-
    1. Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
    2. Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Makhamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

8. Bantuan Latihan Perantis (BLP)

Kadar Bantuan:

  • RM200 sebulan seorang.

Kriteria Kelayakan Khusus:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih / bekas penghuni dari institusi kebajika; atau
  • Kes-kes seliaan akhlak; atau
  • Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; atau
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Nota: Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.

9. Bantuan Geran Pelancaran

Kadar Bantuan:

  • Maksimum RM2,700 sekaligus

Kriteria Kelayakan Khusus:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; atau
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

10. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT)

Kadar Bantuan:

  • Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan.

Kriteria Kelayakan Khusus:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/swasta) / Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan; atau
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Nota: Sumbangan daripada keluarga membiayai sebahagian dari kos alat tiruan / alat sokongan adalah digalakkan.

Jenis Peralatan Tiruan / Alat Sokongan

  • Anggota Palsu
  • Kerusi Roda
  • Alat Bantuan Pendengaran
  • Alat-Alat Keperluan Lain
  • Penggantian / Baik Pulih Alat
  • Jenis Peralatan yang berkaitan (Klik Lampiran)

11. Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas

Kadar Bantuan:

  • Maksimum RM20,000.00 untuk kes kematian atau kehilangan keupayaan kekal.
  • Bagi kes hilang upaya sebahagian, kadar bantuan ditentukan berdasarkan peratusan kategori kecederaan.

Panduan Permohonan Online

Anda boleh membuat permohonan melalui atas talian. Sila ikut langkah yang diberikan:

  1. Layari laman web eBantuanJKM di pautan berikut http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_SemakIc.jsp;
  2. Daftar permohonan mengikut negeri.
  3. Isikan nombor kad pengenalan.
  4. Sila isikan borang berkaitan.

PERHATIAN: Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.

Kegagalan anda berbuatdemikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Salinan MyKad / Kad Pengenalan Pemohon;
  2. Salinan MyKad / Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  3. Salinan Kad OKU / slip pendaftaran sementara OKU; (jika bekerja sendiri)
  4. Salinan penyata pendapatan / surat akaun pendapatan; (jika bekerja sendiri)
  5. Salah satu Bil Utiliti (air/elektrtik/telefon/astro)
  6. Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)

*Sila bawa dokumen di atas semasa hadir ke pejabat JKM.

Borang Berkaitan

  • JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) (Klik Disini)
  • Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 (Klik Disini)

Semakan Status Permohonan

Berikut adalah cara membuat semakan status permohonan bantuan JKM:

  1. Log masuk ke laman web rasmi eBantuanJKM 
  2. Tekan butang ‘Semakan Status Semakan Atas Talian’
  3. Sila masukkan No.Kad Pengenalan dan klik butang Semak.

Senarai hanya akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima.

Jadual Pembayaran 2021

 

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian 03 – 8000 8000

Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *