Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Disember 2021

Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Disember 2021

OnViral akan senaraikan beberapa bantuan kerajaan dan juga tarikh penting dalam artikel ini.

Terdapat banyak perkara-perkara penting seperti tarikh pembayaran, cara pendaftaran dan sebagainya yang anda perlu peka untuk anda lebih tahu mengenai bantuan bulan terakhir pada tahun 2021 ini.

Lihat senarai-senarai bantuan kerajaan di bawah.

Bantuan Kerajaan 2021

Berikut adalah senarai bantuan kerajaan yang anda akan dapat pada bulan Disember 2021 ini:

a) Bantuan BKC Fasa 3

Bantuan BKC terbahagi kepada 3 fasa. Fasa 1 dan fasa 2 telah pun diagihkan.

Berikut adalah tarikh pembayaran:

    • BKC Fasa 1: 6 September 2021
    • BKC Fasa 2: 25 November 2021
    • BKC Fasa 3: Disember 2021

Siapakah yang dapat Bantuan Khas Cov19 Fasa 3 ini?

Isi rumah kategori Miskin Tegar & B40.

Tiada bayaran dilakukan bagi golongan bujang dan juga M40. Harap maklum.

Cara semakan sila layari portal rasmi BKC: https://bkc.hasil.gov.my

Jumlah Bantuan : RM300

Info penuh bantuan: Bantuan BKC Fasa 3

b) i-Citra KWSP

i-Citra adalah satu inisiatif daripada kerajaan untuk kemudahan mengeluarkan wang simpanan KWSP.

Ahli KWSP akan dapat RM1,000 setiap bulan sehingga tamat tempoh permohonan.

Untuk bulan Disember, tarikh pembayaran adalah bermula pada 1 Disember 2021 (Rabu).

Jumlah Bantuan: RM1000

c) Bantuan JKM

Untuk makluman, terdapat 11 jenis bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah disediakan kepada mereka yang layak.

Antaranya: Bantuan Warga Emas, Bantuan Kanak-Kanak, Bantuan OKU, Bantuan Anak Pelihara (BAP) dan banyak lagi.

Untuk bantuan JKM pada bulan Disember pula, bantuan tersebut telah dikreditkan ke dalam akaun penerima pada 25hb – 30hb November yang lepas.

Tarikh bayaran pada Januari 2022 pula akan bermula pada 1-10hb 2022.

d) Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

BMT 2021 telah diperuntukkan oleh kerajaan kepada pekebun kecil getah di Malaysia bagi membantu para pekebun dalam mengharungi cuaca yang tidak menentu di Musim Tengkujuh.

Semakan boleh dibuat di laman berikut: https://bmt.risda.gov.my

Jumlah Bantuan: RM300

Bantuan 2021 Yang Lain

Berikut adalah senarai-senarai bantuan yang anda boleh buat permohonan sepanjang masa:

a) Program Prihatin Kasih

Bantuan makanan asas B40 ini, penerima akan mendapat elaun untuk membeli barang makanan asas di lebih 300 rantaian kedai dan pasaraya dengan hanya menggunakan MyKad sahaja.

Kadar Bantuan: RM100 selama 3 bulan

b) Bakul Prihatin Negara

Setiap keluarga B40 yang layak akan mendapat sumbangan satu bakul makanan yang dipenuhi dengan barang-barang asas makanan.

Kadar Bantuan: 8 barangan asas iaitu beras, gula, tepung, bihun, kicap, sardin, biskut & kopi.

c) Bantuan Orang Tua

Bantuan Warga Emas RM500 khas untuk yang berumur 60 tahun dan ke atas.

Jika anda ingin memohon bantuan ini untuk ibu bapa anda, sila isi borang di laman tersebut & serahkan ke Pejabat JKM yang berdekatan.

Kadar Bantuan: RM500 sebulan

Sumber Bantuan: JKM

Semoga dengan perkongsian artikel ini, anda dapat info yang bermanfaat berkaitan dengan bantuan kerajaan yang anda boleh mohon untuk diri anda & keluarga anda.

Sila SHARE senarai bantuan ini ke Group Facebook Bantuan, Whatapps kawan-kawan & family anda, untuk manfaat bersama.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress