Kerajaan telah menyediakan senarai Bantuan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang masih boleh dimohon.
Untuk makluman, sebanyak RM150 bilion telah diperuntukan dalam pakej bantuan ini adalah bertujuan untuk meneruskan agenda prihatin rakyat, menyokong perniagaan yang terjejas serta meningkatkan kadar vaksinasi bagi mencapai imuniti kelompok.
OnViral akan kongsikan kepada senarai bantuan PEMULIH yang boleh anda mohon.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Senarai Bantuan PEMULIH
Berikut adalah senarai bantuan PEMULIH yang masih dibuka / masih diterima:
Untuk bantuan ini, anda akan menerima sebanyak 8 barangan asas seperti beras, gula, bihun, tepung, kopi, biskut, kicap dan sardin.
Untuk cara permohonan, anda perlu hubungi Bilik Gerakan JKM Negeri, rujuk nombor telefon dalam artikel di bawah:
-
- Cara Mohon Bantuan Bakul Makanan: klik DISINI
b) Bantuan Khas COVID-19 (BKC)
Bantuan sehingga RM1,300 untuk golongan Miskin Tegar, B40 dan M40.
Untuk kelayakan bantuan ini, penerima akan dinilai berdasarkan data-data daripada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 dan juga data dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
-
- Bantuan Khas COVID-19 (BKC): klik DISINI
c) SIP Prihatin 2.0: Elaun RM300 Mencari Pekerjaan
Melalui bantuan SIP Prihatin di bawah PERKESO ini, individu yang hilang pekerjaan akan menerima RM300 jika hadir untuk temuduga pekerjaan.
Individu tersebut perlu hadir ke temuduga terbuka 3 kali dalam sebulan. Jika hadir 6 temuduga dalam tempoh 2 bulan, anda akan menerima RM600.
Bagi yang sudah mendapat pekerjaan dalam tempoh insentif bulan pertama dan ada sekurang-kurangnya 1 temuduga, anda akan terima RM400 secara one-off.
d) Rebat Elektrik
Bil elektrik secara percuma sehingga RM40 sebulan selama setahun. Mereka yang layak adalah mereka yang tergolong dalam golongan Miskin Tegar yang tersenarai dalam sistem eKasih.
e) KerjayaGig PERKESO: Bantuan RM600
Bantuan ini adalah untuk individu yang ingin mencari pekerjaan. Dalam program ini, insentif sebanyak RM600 akan diberikan kepada individu yang ditawarkan pekerjaan sementara / gig selama 6 bulan.
f) PSU 4.0: Bantuan RM600 Untuk Pekerja
Khas untuk majikan yang terkesan dengan pandemik dan PKP. 500 pekerja untuk setiap majikan layak mendapat RM600. Dan RM600 tersebut akan diberikan kepada setiap pekerja.
g) Bantuan Khas Taska: RM3000 Secara One-Off
Semua taska yang terkesan akibat PKP dan berdaftar di bawah akta Asuhan Kanak-Kanak 1984 layak memohon.
h) Bantuan OKU RM500 Untuk 3 Bulan
Kerajaan akan berikan bantuan RM500 untuk tempoh 3 bulan khas untuk golongan OKU yang kehilangan pendapatan dan tidak mempunyai pekerjaan.
Info Bantuan Lain
Selain daripada senarai bantuan di atas, anda boleh rujuk info bantuan lain di PEMULIH. Bantuan yang diberikan melalui Pakej PEMULIH ini lebih menyeluruh kepada semua kumpulan masyarakat termasuk B60, M20 dan peniaga-peniaga seluruh negara. Minta jasa baik anda untuk SHARE Pakej Bantuan PEMULIH ini di Facebook atau Whatsapp.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk sumber di sini : Sumber