Senarai Kaedah Pengeluaran Wang KWSP Yang Perlu Anda Tahu

Selain daripada pengeluaran i-Citra, terdapat beberapa lagi cara pengeluaran wang KWSP yang kita boleh lakukan dimana pengeluaran-pengeluaran ini bukan hanya tertumpu kepada keadaan semasa pandemik.

Berikut adalah cara-cara untuk membuat pengeluaran KWSP.

Terdapat dua jenis pengeluaran KWSP:

    • Pengeluaran sebahagian
    • Pengeluaran penuh

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Kriteria Pengeluaran Sebahagian 

1) Pemohon berumur 50 tahun.

– Warganegara dan Bukan Warganegara.
– Berumur di antara 50 hingga sebelum mencapai umur 55 tahun.
– Memiliki simpanan KWSP.

2) Tujuan untuk membina rumah

– Warganegara dan Bukan Warganegara.
– Berumur bawah 50 tahun.
– Ahli mestilah Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2.
– Ahli/pasangan ahli akan membeli tanah serta membina sebuah rumah di atas tanah tersebut.
– Pinjaman mestilah diluluskan oleh pemberi pinjaman yang dibenarkan ATAU pembiayaan sendiri ahli.
– Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan / Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjual atau melupuskan pemilikan.
– Surat Perjanjian Membina Rumah hendaklah tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan.

3) Perumahan fleksibel

– Warganegara dan Penduduk Tetap (PR).
– Berumur bawah 54 tahun.
– Membeli ATAU Membina rumah kediaman.
– Ahli mempunyai pinjaman perumahan dengan institusi kewangan yang diiktiraf oleh KWSP.

4) Kesihatan

– Warganegara dan Bukan Warganegara.
– Berumur 55 tahun ke bawah.
– Mempunyai simpanan dalam Akaun 2.
– Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan (Keperluan tambahan).
– Penyakit ATAU Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP.
– Pemohon tidak mendapat rawatan alternatif.

5) Pendidikan

– Warganegara dan Bukan Warganegara.
– Berumur 55 tahun ke bawah.
– Mempunyai simpanan dalam Akaun 2.
– Ahli masih meneruskan ATAU telah menamatkan pengajian diperingkat diploma atau setaraf.
– Ahli sedang belajar di institusi dalam negara (sepenuh masa, separuh masa, program jarak jauh dan francais) ATAU Institusi luar negara
(program sepenuh masa).
– Ahli ATAU Anak ahli yang berhenti ATAU gagal ATAU tidak tamat ATAU tarik diri dari pengajian dibenarkan (ini adalah untuk menyelesaikan
kesemua bayaran tunggakan kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam tempoh 3 tahun dari penamatan pengajian; dan menyelesaikan baki
pinjaman pendidikan dengan Institusi Pemberi Pinjaman (IPP)).

6) Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

– Warganegara dan Bukan Warganegara.
– Berumur bawah 55 tahun.
– Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2.
– Ahli telah membeli ATAU membina rumah kediaman.
– Ahli telah didaftarkan sebagai pemilik rumah tersebut ( Untuk pengeluaran Individu sahaja).
– Rumah kediaman ahli telah dicaj sebagai cagaran.
– Ahli masih lagi mempunyai baki pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan.
– Permohonan di buat setahun sekali daripada tarikh permohonan yang di buat sebelumnya.
– Pinjaman yang telah diluluskan oleh institusi yang dibenarkan.

7) Perumahan PR1MA

– Warganegara sahaja.
– Berumur 55 tahun ke bawah.
– Ahli adalah Pembeli rumah PR1MA.
– Ahli mendapat pinjaman perumahan melalui Skim Pembiayaan Fleksibel PR1MA (SPEF).
– Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan ATAU Pernah membuat Pengeluaran Perumahan tetapi sudah menjual dan melepaskan hakmilik harta.

8) Simpanan melebihi RM 1 juta

– Warganegara dan Bukan Warganegara.
– Berumur 55 tahun ke bawah.
– Ahli hendaklah mempunyai simpanan melebihi RM1 juta dalam KWSP.

9) Beli rumah

– Warganegara dan Bukan Warganegara.
– Berumur 55 tahun ke bawah.
– Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2.
– Ahli membeli rumah kediaman.
– Pinjaman hendaklah diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan ATAU pembiayaan sendiri.
– Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan ATAU telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya ATAU melupuskan pemilikan.

10) Ansuran bulanan pinjaman perumahan

– Warganegara dan Bukan Warganegara.
– Berumur 55 tahun ke bawah.
– Mempunyai sekurang-kurangnya RM600 dalam Akaun 2.
– Ahli membeli ATAU membina sebuah rumah kediaman.
– Ahli masih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang diiktiraf oleh KWSP.
– Ansuran bulanan pembayaran perumahan telah bermula.

11) Haji

– Berumur 55 tahun ke bawah.
– Ahli telah dipilih untuk melakukan ibadat haji oleh LTH (Lembaga Tabung Haji).
– Ahli tidak pernah memohon pengeluaran haji.
– Simpanan di LTH (Lembaga Tabung Haji) tidak mencukupi.

12) i-Citra

– Warganegara, bukan warganegara dan penduduk tetap (PR)
– Berumur 55 tahun ke bawah.
– Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan

Kriteria Pengeluaran Penuh

1) Pemohon berumur 55 tahun

– Warganegara dan Bukan Warganegara.
– Berumur di antara 55 hingga sebelum mencapai 60 tahun.
– Memiliki simpanan dalam akaun 55.

2) Pemohon berumur 60 tahun

– Warganegara dan Bukan Warganegara.
– Berumur 60 tahun ke atas.
– Pemohon mempunyai simpanan dalam KWSP.

3) Pekerja berpencen dan pesara pilihan

– Berumur bawah 55 tahun.
– Pekerja dalam sektor awam ATAU Kementerian Pertahanan ATAU Perkhidmatan Tentera dan mencarum dalam KWSP.
– Diberikan taraf pencen oleh JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam).

4) Hilang Upaya

– Warganegara dan Bukan Warganegara.
– Berumur 60 tahun ke bawah.
– Mempunyai simpanan dalam KWSP.
– Pemohon tidak bekerja.
– Pemohon telah hilang upaya fizikal dan mental yang telah disahkan oleh pegawai perubatan..
– Hilang Upaya mesti dinilai oleh Lembaga Perubatan KWSP dimana temujanji oleh Lembaga Perubatan KWSP akan ditetapkan ketika penyerahan di kaunter.

5) Meninggalkan negara

– Warganegara Malaysia/PR yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan/PR ATAU Ekspatriat/pekerja asing yang tidak lagi bekerja ATAU
berhasrat meninggalkan Malaysia.
– Berumur 60 tahun ke bawah
– Mempunyai simpanan dalam KWSP

6) Kematian

– Pastikan anda mengambil langkah untuk membuat  penamaan supaya waris terdekat anda dapat mengeluarkan simpanan KWSP. Ini kerana pengeluaran KWSP anda boleh menjadi jaminan kepada waris yang sekurang kurangnya dapat membantu meringankan beban kewangan.

Maklumat Lanjut

    • Sila ke Portal Rasmi KWSP, https://www.kwsp.gov.my atau hubungi KWSP : 03 – 8922 6000 (Waktu Operasi: 8.00 pagi – 5.00 petang)
    • Boleh hadir sendiri ke Cawangan KWSP terdekat

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress