Senarai Kelonggaran SOP Bagi Individu Lengkap 2 Dos Vaksin (Mulai 10 Ogos)

Baru-baru ini Perdana Menteri telah mengumumkan beberapa kemudahan / kelonggaran bagi individu yang telah lengkap menerima 2 dos vaksin.

Berikut dikongsikan senarai kelonggaran SOP tersebut untuk makluman bersama.

Syarat-Syarat Penerima Vaksin Lengkap

    1. Telah menerima 2 dos vaksin (Pfizer / Astrazeneca / Sinovac) dan hanya terpakai selepas 14 hari suntikan kedua vaksinasi tersebut.
    2. Bagi vaksin 1 dos (Johnson & Johnson / Cansino), kelonggaran ini terpakai selepas 28 hari menerima vaksin tersebut.

Kesemua kemudahan vaksinasi lengkap itu berkuatkuasa pada Selasa, 10 Ogos 2021.

Kelonggaran SOP Bagi Penerima Vaksin Lengkap – Di Semua Negeri / Fasa PPN

Kemudahan bagi mereka yang lengkap divaksinasi untuk semua fasa PPN:

    1. Suami isteri jarak jauh dibenar rentas daerah, negeri untuk bertemu pasangan masing-masing.
    2. Kemudahan kuarantin dan perjalanan untuk individu lengkap vaksinasi.
    3. Aktiviti solat sahaja dibenar di masjid dan surau bagi jemaah yang telah menerima vaksinasi lengkap.
    4. Penganut yang bukan beragama Islam dibenar menghadiri rumah-rumah ibadat.

Rujuk perincian SOP oleh MKN seperti dalam infografik di bawah:

Baca Juga: Senarai Bantuan Kerajaan Ogos 2021

Kelonggaran SOP Bagi Penerima Vaksin Lengkap Di Negeri Fasa 2 & Seterusnya

Senarai kemudahan sektor sosial bagi penduduk yang lengkap divaksinasi di negeri yang berada pada Fasa 2 PPN dan seterusnya:

    1. Rentas daerah dibenarkan bagi individu lengkap divaksinasi di negeri Fasa 2 dan seterusnya.
    2. Aktiviti dine-in (makan di restoran) dibenarkan di negeri dalam Fasa 2 dan seterusnya.
    3. Aktiviti sukan riadah tanpa sentuhan fizikal, bukan berkumpulan (outdoor) dibenarkan di negeri Fasa 2 dan seterusnya.
    4. Pelancongan dalam negeri yang sama adalah dibenarkan.

Rujuk perincian SOP oleh MKN seperti dalam infografik di bawah:

Kemudahan diberi bukannya bermakna rakyat boleh mengabaikan SOP yang ditetapkan.

Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk menarik semula kemudahan yang diberikan jika berlaku ketidakpatuhan terhadap garis panduan atau SOP yang ditetapkan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Menteri Dalam Negeri memastikan kementerian, agensi bertanggungjawab pergiat penguatkuasaan dan pemantauan atas kemudahan diberi.

Sementara itu, kemudahan di sektor ekonomi sedang dibincang, dipertimbang di peringkat Sidang Khas MKN dan akan diumum dalam waktu terdekat⁣.

Sumber: BERNAMA

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress