Senarai Pelaksanaan Bantuan Untuk B40 & M40 Pada Tahun 2022

Tahun 2021 nampaknya akan berakhir tidak lama lagi dimana 2022 akan muncul dengan harapn segalanya akan bertambah baik dari sebelumnya.

Pihak kerajaan telah mewujudkan pelbagai jenis bantuan pada tahun 2022, khususnya bagi membantu mereka yang memerlukan – sama ada dari kalangan B40 dan M40. Sila rujuk senarai bantuan di bawah.

Anda boleh layari laman web ONVIRAL.COM.MY untuk mengetahui informasi-informasi semasa dan bantuan yang ada di Malaysia.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Bantuan Keluarga Malaysia atau BKM adalah sebuah bantuan tunai langsung secara bersasar yang diberikan kepada golongan Miskin, B40 dan M40 mengikut ketetapan masing-masing. Ini adalah jumlah banyaran bantuan:

    • Isi rumah (<RM2,500): RM1,000 – RM2,000
    • Isi rumah (RM2,501 – RM5,000): RM400 – RM800
    • Ibu/Bapa Tunggal (<RM5,000): RM500 tambahan
    • Warga Emas (<RM5,000): RM300 tambahan
    • Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan (<RM5,000): RM600
    • Bujang (<RM2,500): RM350

Bantuan e-dompet RM150

Bagi meringankan beban kewangan dan menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai, pihak kerajaan telah memperkenalkan bantuan e-dompet yang dikenali sebagai eStart.

Melalui bantuan ini, belia yang berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi akan menerima RM150 yang akan dikreditkan secara sekali bayar ke dalam akaun e-dompet para belia.

Skim Jaminan Kredit Perumahan

Bagi menyediakan akses pembiayaan membeli rumah kepada golongan yang tidak mempunyai pendapatan, kerajaan menyediakan jaminan sehingga RM2 bilion kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan.

Skim ini akan dimanfaatkan oleh mereka dari kalangan pekerja gig, pengusaha kecil dan petani yang sukar membeli rumah kerana tiada pendapatan tetap.

Diskaun bayaran PTPTN

Bagi menggalakkan pembayaran dan membantu para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pihak kerajaan memberikan diskaun bayaran balik pinjaman bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

    • Diskaun 15% – Pembayaran penuh baki hutang pinjaman;
    • Diskaun 12% – Membuat bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran;
    • Diskaun 10% – Membuat bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.

Bantuan Awal Persekolahan RM150

Untuk meringankan beban ibu bapa yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah, pihak kerajaan memperkenalkan Bantuan Awal Persekolah bernilai RM150 kepada setiap pelajar yang layak. Bayaran ini juga akan diberikan secara sekali bayar atau ‘one-off’.

Baca Juga : 5 Langkah Mudah Bayar Hutang PTPTN Melalui KWSP

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress