Sikap tolak ansur serta saling bekerjasama merupakan titik penting ke arah memperkukuhkan perpaduan. Realitinya, ramai yang menyokong amalan bekerjasama adalah satu nilai murni yang patut diterapkan dalam kehidupan bermasyarakat. Namun masih ada juga yang mementingkan ‘periuk nasi’ sendiri daripada saling menolong antara satu sama lain.
Satu perkongsian video yang memberikan pengajaran dan pada masa yang sama menghiburkan dari pengguna tik tok @activityofpeajoy telah menarik perhatian netizen dimana sekumpulan semut sedang menghala ke arah yang sama apabila terpaksa melalui satu halangan dimana mereka terpaksa melompat / melangkah ke atas sehelai daun.
Masing-masing bekerjasama untuk mencapai ke arah daun seekor demi seekor akan tetapi alangkah malang dan sedihnya apabila semut yang terakhir tiba-tiba ditinggalkan. Siannya dia kena tinggal pulak…..
@activityofpeajoy
Sangat tidak berperikesemutan langsung semut-semut ni. Kesimpulan dan pengajaran, berkawanlah dengan orang yang ada semasa kau sudah dan senang. bukan dengan orang yang ada masa kau senang sahaja.
“Sangat tidak berperikesemutan” Komen lucu daripada seorang netizen
“Itulah yang dinamakan teamwork. Pemimpin yang senantiasa menolong teamnya”
“Pesan buat semua, jangan pernah tinggalkan semua orang yang telah menolong kita”
“Tidak berperikehaiwanan” komen padu netizen