Servis Motor Percuma Untuk Mangsa Banjir | Tamat 31 Disember Ini

Bencana yang berlaku di Malaysia baru-baru ini sangat menghayati semua orang. Hal ini mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia bukan sahaja kerajaan malahan NGO .

Banyak kenderaan antaranya motorsikal terjejas akibat paras air tinggi yang boleh merosakkan enjin. Jadi, syarikat Modenas mewujudkan program yang menyediakan servis prihatin kepada sesiapa yang mempunyai kenderaan motorsikal.

Menurut MODENAS, pihak mereka  mengumumkan bantuan khas melalui Kempen Servis Prihatin MODENAS akan menawarkan pemeriksaan PERCUMA untuk motosikal yang terjejas berikutan banjir, diskaun alat ganti sehingga 25%, upah kerja PERCUMA bagi motosikal yang tidak perlu dibaikpulih serta perkhimatan cuci motosikal PERCUMA!

 

Kempen ini akan berlangsung dari 22 Disember hingga 31 Disember 2021 di cawangan MODENAS Service Centre yang terpilih di bawah:

Modenas Centre Shah Alam, Selangor

Alamat: No.62 & 64 Jalan Pluto Ay, Seksyen U5 40150 Shah Alam,Selangor

Waktu Operasi: 9.00am – 5.00pm

Nombor Telefon: 04-4668160

Modenas Centre Kuantan, Pahang

Alamat: No A149, Lorong Seri Teruntum 8,
Jalan Dato Wong Ah Jang, Taman Tunas Maju, 25200 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: 9.00am – 5.00pm

Nombor Telefon: 09-5123380 /044668199

Jenis Perkhidmatan Yang Ditawarkan Kepada Pemilik Motor

Berikut adalah perkhidmatan yang ditawarkan di bawah Kempen Servis Prihatin MODENAS :

    • Caj upah kerja PERCUMA untuk baik pulih biasa (tanpa overhaul)
    • Pemeriksaan PERCUMA
    • Pembersihan motosikal PERCUMA
    • Diskaun sehingga 25 peratus untuk alat ganti
    • Diskaun 15 peratus untuk alat ganti skuter
    • Diskaun 70 peratus bagi caj buruh melibatkan servis “overhaul”

Sebarang maklumat lanjut, pemilik motosikal yang terjejas boleh menghubungi pusat servis Modenas atau hubungi 1-800-880-181 atau WhatsApp di 019-570 8135.

Kunjungi pusat servis Modenas cawangan Subang dan Kuantan bagi mendapatkan tawaran ini.

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress